Cemburu itu fitrah tapi cemburu buta ........??

Assalamualaikum!~


Sudah menjadi lumrah hidup dan sebati dengan jiwa setiap manusia, bohonglah kalau cakap kita xpernah rasa cemburu. Semua orang yang bernyawa pasti merasai cemburu xkiralah cemburu dengan kekasih, tunang, suami isteri mahupun kawan-kawan sekali pun. Sebab setiap manusia dikurniakan hati dan nafsu yang sentiasa tidak puas dengan apa yang ada disekelilingnya. 

Cemburu itu fitrah manusia, tidak salah dan apatah lagi berdosa jika kita ada rasa cemburu terhadap seseorang, tapi yang parahnya bila cemburu buta mulai mengawal jiwa dan pemikiran kita itu yang salah. Kerna bila seseorang punyai sikap cemburu buta, setiap apa yang difikirkan dan dilihatnya membuatnya menjadi marah, benci, geram dan sebagainya. Tidak hairanlah kalau kita sering mendengar berita tentang "suami bunuh isteri sebab isteri bual dengan lelaki lain" " awek bunuh diri, teman lelakinya col perempuan lain". Ya faktor utama cemburu buta pasti dikaikan dengan perasaan sayang yang keterlaluan terhadap pasangannya, sehingga dia takut akan kehilangannya.

Kadang-kadang mungkin kita xtahu bahawa kita sendiri yang cemburu buta, sebaliknya kita menunding jari kepada pasangan kita, untuk itu mari kita ketahui ciri-ciri mereka yang cemburu buta :


Sentiasa curiga
Lelaki yang cemburu buta sentiasa menganggap kamu curang kepadanya, walaupun setiap saat kamu menyatakan cinta dan sayang kamu hanya untuknya. Tambahan lagi, bila kamu sering disapa oleh kawan lelaki kamu tapi sedikit pun si dia tidak mempercayai kamu. Susah bukan? Inilah hakikatnya yang sebenar. walaupun kamu tidak melayan kawan lelaki lebih dari kamu melayan si dia, tapi si dia tetap merasakan yang kamu cuba menduakan dirinya. Padahal kamu tidak tahu dan bersalah dalam hal ini. Apa yang kamu lakukan hanyalah bersabar dan makan hati?

Mengongkong
Bayangkanlah kehidupan kamu sebelum berteman, kamu bebas ke sana ke mari dengan sesiapa sahaja yang kamu suka tapi sekarang tidak lagi. Semua perkara yang kamu lakukan perlulah mendapat izin si dia dahulu. Kamu tidak boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa pengetahuan si dia. Seolah-olah kehidupan kamu berada di tangannya. Kamu pula harus akur dengan peraturan yang diciptanya. Nak tak nak kamu terpaksa ikut. Jadi fikir-fikirkanlah.

Mengambil kesempatan
Setiap kali keluar, pasti si dia akan mengambil telefon bimbit kamu dengan tujuan untuk melihat mesej-mesej yang boleh mengundang kemarahannya. Malah si dia akan mengambil tahu banyak perkara tentang kamu. Si dia bijak bila mana kehormatan kamu diragutnya dengan harapan kamu tidak boleh lari dan terlepas daripadanya. Adakah si dia yang patut menjadi teman kamu?

Ugut bunuh diri
Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya

Prasangka negatif
Jangan hairan jika si dia akan meminta pasword facebook atau mana-mana laman sosial yang kamu miliki, untuk dia menyemak sama ada kamu melayan berbual dengan lelaki lain walaupun hanya sekadar kawan yang ingin bertegur sapa dengan kamu. 


Bagi yang sedar korang miliki sifat cemburu buta, sebaliknya carilah jalan untuk mengatasi dan mengawal perassan itu. Hidup korang pasti sering dilanda masalah kalau asyik cemburu saja, hal kecil kamu jadikan besar, bila pasangan kamu mulai menyatakan hasrat untuk meninggalkan kamu. Mulalah kamu menyalahkannya sedang diri kamu yang bermasalah tidak pula kamu nampak. So fikir-fikirkan jika ingin perhubungan yang kamu bina berkekalan hendaknya.
15 Komentar untuk "Cemburu itu fitrah tapi cemburu buta ........??"

haha nice entry. gua dulu ade jugak awek yang cemburu buta ni. tapi sekarang gua free. huhu :) jangan ingat lelaki je. perempuan lagi kuat cemburu tahu tak.

*gua ade je la sini. tak lari mane pun.

hehehe..ske bce entry nie.. :)

Ikaaaaa,,,,
gadisss cemburu dayang ja pon heheheh

tapikan...cmana lak lo kwn rapat sndri yg cmburu ngan kte....rapat ngan dak2 lain pown, leh jd hal ~.~

cemburu tue xsalah... tapu lau cemburu buta tue yg parah skrg..msalahnya ikaa sedng bhdapan dgn dgn bnda tue...smpai bila pn xtw nk hilang.. xtahan dh kot.tpi syg perhubungan kami dh lama..xkn nk bhanti takat nie jaa..

tapi kalau di tnya dgn hati..smpai bila kna hrus dalam keadaan tertekan..hmmm

aku antara orang yg cemburu buta

cemburu biar bertempat..ye dakk? :)

cemburu celik. hu..karangan yang mantap.!

cemburu tu harus berpada pada jangan cemburu buta susahhh jugak nnt kan hehe

betull tuu. sokong gilaa entry ni. stiap org mmg tak lari dari cemburu walaupun sikit

percayalah,, cemburu tu standard.. memang setiap manusia tak terlepas daripada perasaaan ni. tapi jauhi cemburu buta kerana ia bisa merosakkan sesuatu perhubungan..

aha...itulah yg sesetengah owg xfhm..knp msti wujud lagi cemburu buta dlm dirinya,,sedgkan dia tahu..kekasihnya memilih dia bkn owg lain..tp knp dia mst lagi xpercya...dia berpijak di dunia yg hanya ada dia & pasangannya..

kalau rasa CREATIVE, ARTISTIK, GEORGEOUS, ADORABLE, FASHINABLE,OWESOME clik sini : Cemburu itu fitrah tapi cemburu buta ........??

tp kalau tak rasa sedemikian : klik sini : Jiwa daku sedang berperang

Cemburu tu bagus tp tk boleh trlmpau, bahaya

hahaa..terasa aku..anyway..best baca..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info