Assalamualakum!~
Semakin maju zaman ini, semakin menakutkan dan menyeramkan. Masa zaman sekolah semua orang pasti belajar tentang sejarah terutama pengetahuan macam mana situasi yang digambarkan sebagai zaman jahiliah. Adakah sekarang, kita sudah kembali zaman tersebut, jika dahulunya hanyalah sejarah, tapi kini menjadi realiti?
Lihat disekeliling kita, jika dahulu, manusia menaiki kenderaan bertunggangkan unta, tapi hari ini, kita masing-masing punyai kereta, moto, malah bukan sebijik dua, tapi berbijik-bijik. Maju kan. Tapi apa gunanya kita maju, kalau kita sentiasa dalam ketakutan. Korang pernah dengarkan, ada satu kes penghuni rumah takut dimasuki perompak, lalu dia buat pagar di dibumbung rumah, sebab perompak x masuk ikut pintu tapi ikut bumbung. Sampai macam tu sekali takutnya.
Kemarin, ikaa ada terbaca satu berita kat blog ini, tentang perompak masuk dalam rumah seorang mahasiswi IPT semasa dia sedang mengulangkaji pelajaran. Apa yang terjadi masa tu, dia dirogol oleh 2 orang perompak, dan diikat dikatil dan barangannya di rompak. Mana yang kata lelaki adalah pelindung kaum wanita. Ini baru yang sedang berada dirumah, yang diluar rumah lagilaa xselamat kan.
Mungkin ini tanda-tanda kiamat telah hampir, gejala sosial semakin bertambah. NASA pun telah mengeluarkan laporan yang matahari bakal terbit dari barat. So, sebelum matahari terbit, marilah kita sama-sama tingkat apa yang kurang, sempena ramadan yang akan menjelma 2 hari lagi, banyakkan ibadat semoga Allah melindungi kita daripada kejahatan dan hasutan Syaitan laknatullah.
Doa elak dari musibah :
Doa elak dari musibah :
Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi saw. bersabda: “Sesiapa membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’
(dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang
ada di bumi mau pun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka
dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya
di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan
izin Allah.” (HR Ahmad no 497)
5 Komentar untuk "Jenayah menghantui kita"
manusia sering alpa dengan keseronokan duniawi. bila kesusahan menimpa, mula mencari jalan dengan cara yang senang. dan bila nafsu beraja di hati, banyak kemungkinan tak baik akan berlaku, contohnya kepada kes mahasiswi tersebut.. kesian.. dunia dah semakin hampir kiamat. emtah esok entah lusa...
Hmm. dah tak tau nak ckp apa. Balik2 wanita la yg jadi mangsa. Mentang2 kami ni dilihat kaum yg lemah. Apa yg mampu kita buat bermohon pd Allah semoga sntiasa pelihara & lindung diri, keluarga & sahabat2 kita =)
itulah, dunia dah hampir ke penghujung, kalau dlu mak pesan, jgn keluar rumah bhya " maruah perempuan di hujung tanduk" tapi dlm rumah pun xselamat nie kan kt luar...
selamat beramal !
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.