Klinik kerajaan vs klinik swasta?

Assalamualaikum!~

nur ikaa


Eh, apa pulak nie klinik kerajaan dengan klinik swasta.

Korang kalau demam, korang pergi klinik swasta ke klinik kerajaan. Kalau klinik kerajaan 1Malaysia korang xperlu bayar mahal, cuma charge RM1 untuk satu rawatan. Tapi beza pula dengan klinik swasta korang kena bayar mahal, ikaa beli ubat batuk semalam kena bayar RM12 tanpa pemeriksaan dokter. Tapi kalau klinik kerajaan wajib periksa baru dapat ubat kan.

So, yang mana pilihan korang?

Kalau ditanya kepada ikaa la kan, ikaa lebih memilih klinik swasta, walaupun dikenakan bayaran mahal. Tapi kita merasa tenang, selesa, mesra pengguna dan berpuas hati. Sebab jika dibandingkan dengan klinik kerajaan, ikaa pernah pergi sekali hari tu, ikaa demam, so disebabkan klinik tu baru saja dibuka. Kami pun pergi dapatkan rawatan. Jururawat dia punyalah sombong, marah-marah lagi.

Apa dia kata " dah tahu demam, kenapa xdatang awal ". Ehh! banyak cakap pula nurse nie. Sejak dari tu, kami sekeluarga dah xpergi klinik kerajaan, better pergi klinik swasta. Pekerja siap senyum dari awal sampai akhir. Xde pulak nak cakap-cakap banyak, yang dia pesan " adik kena rajin makan ubat, baru cepat sembuh".

Korang pula bagaimana?
14 Komentar untuk "Klinik kerajaan vs klinik swasta?"

klinik swasta..

sbb sy keje kt klinik swasta.. :)

tp penah jgk pergi hospital kerajaan..cume lambat sikit nak tunggu n ramai org..

klinik swasta mmentingkan kualiti sbb kalau diorg bg servis yg kurang baik, planggan akn lari.. planggan tu je sumber pndapatan mereka.. sbb tu diorg bg servis tbaik.. =)

aha btul tue mizz RFL, sbb itulah sy pn pentingkan kualiti, xnk pergi klinik kerajaan, org ramai, malas nk tgu.. :)

hospital kerajaan
jimat.
sebab Malaysia ade jugak pendidikan percuma
Kat USA. sume pakai insuran insuran
mana ade macam kite.heh

Jal sendiri pon prefer pegi yang swata punya, tak kisah lah bayar mahal asalkan service baik, lagi satu masalah yang kerajaan punya ni terlalu slow, tu yang buat Jal benci tuh

@jal aha kan Jal, tapi ikaa kalau time dmm, mmg mood xok, kena lak bila nurse wt cakp sombonk,,xleh tahan arr..hmmm

tp apa pn, itu skadar pandagn, xkisahlah mn pun asalnya kita puas ati kan

bayar mahal, layanan mestilah baik..tapi bagi yang mampu je. Jika yang tidak mampu, RM1 sudah memadai...

klinik swasta lah best.. yuyu penah gi klinik kerajaan sbb demam.. pasue die cume check dada pakai apa nth nape tu.. pasue dah.. kalau mcm tu pon yuyu boleh jugak buat.. kalau klinik swasta, siap dia bagi suntikan lagi biar cepat demam.. mahal tak kisah.. yang penting puas hati..

This comment has been removed by the author. - Hapus

semestinya klinik swasta walau terpaksa bayar banyak..yang penting cepta sembuh...senang mahu bergerak dan bekerja sehari-hari

sama la.. lagi rela bayar mahal2 dari penyakit jadi melarat.. huhu

yup..better pergi klinik swasta dari kerajaan.. ade kes.. budak demam 2 minggu pun dieorang kate biase lagi ni.. bila cek kat klinik swasta terus kene admit ke hospital..sebab disyaki hidap kanser tulang...

kadang kadang klinik swata ok gak dari klinik kerajaan ..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info