Harta seorang yang bergelar anak

Assalamualaikum!~

 nak join KLIK BANNER !

**************************BEGIN************************




Masa kita kecik-kecik, mak dan ayah kita tatang kita bagai minyak yang penuh. Mak terutamanya yang selalu risaukan kita, bila nyamuk gigit kita dan tinggalkan kesan merah pada badan. Lalu mak pun bagitahu ayah yang badan kita merah kena gigit nyamuk. Keesokkan hariny, ayah pun belikan kita kelambu baby untuk lindungi kita dari nyamuk, walaupun mak dan ayah tidur tanpa kelambu. Sebab bagi mak dan ayah, mahukan kita membesar dengan sihat di mata mereka.

Bila kita umur 5 hingga 7 tahun, kita selalu merengek minta itu ini, walaupun kita tahu mak dan ayah kita bukannya orang senang macam kawan-kawan kita. Tapi kita peduli apa masa itu, janji kita dapat apa yang kita nak. Kita pun terus menangis teresak-esak sebab nakkan barang mainan macam anak jiran sebelah rumah kita tu. Sebenarnya kita tahu kelemahan mak dan ayah, sebab itulah kita menangis. Selagi kita xdapat, kita terus menangis. Tidak lama kemudian, ayah pun datang pujuk kita, dan dia cakap " jum kita pergi beli mainan, lagi besar dari ank jiran sebelah tu hah, nak x", lalu kita pun berhenti menangis dan tersenyum.." yeahhhhhh, sayang ayah". ayah pun menjawab " sayang anak ayah juga"

( pernah x korang macam nie? )

Bila kita umur 15 tahun keatas, kita dah mula ada rasa sifat malu, kita selalu habiskan masa keluar dengan kawan-kawan berlainan jantina, tapi bila mak dan ayah kita ajak keluar pergi beli baju raya, kita jawab " malulah besar-besar pun nak p beli gan mak dan ayah lagi". Tapi sedikit mak dan ayah xmarah malah dorang tersenyum lagi, sebab dorang faham anak yang dulunya berguling-guling kat jalan bila xdapat mainan, sekarang ini dah besar. Dorang pun keluar berdua walaupun dulunya bertiga.

Bila kita dah dewasa, kita dah dapat segulung ijazah, mak dan ayahlah orang paling gembira sekali, satu kampung die cerita anaknya dah dapat ijazah, tapi mereka orang kedua kita bagitahu kita dah konvo sebab orang pertama tentulah pakwe/makwe kita kan. Bila kita dah da kerja, kita pun sampaikan hasrat di hati untuk berkahwin, mak dan ayahlah yang lebih seronok dari kita, siap buat kira-kira lagi berapa ekor lembu nak tumbang, berapa kenalan dia nak panggil, tapi kita masa tue cuma fikir berapa RM kita nak boros beli baju pengantin, pintu gerbang, ubah suai bilik dan sebagainya.

Bila kita dah kahwin, kita dah lupa mak dan ayah, kita selalu abiskan masa dengan pasangan hidup kita. Kadang-kadang mak col kita cakap "dia rindu sangat kat kita". Tapi apa yang kita jawap " orang bz la mak, nanti-nantilah orang balik kampung". mak sedikit pun tidak terasa sebab mak faham kita dah ada keluarga mesti banyak kerja sikit. Kadang-kadang hari raya pun kita tidak balik, mak tunggu kita kat depan pintu, sampailah ayah cakap "masuklah dia bz la tu".

Bila anak-anak kita buat benda yang sama macam kita, barulah kita terkenangkan sikap kita pada arwah mak dan ayah kita dulu. Masa tu baru kita sedar apa yang mereka rasai sama kita rasai sekarang. kalau dulu kita guling-guling dekat jalan sebab mahukan mainan, sikit pun mak dan ayah xmalu, tapi bila mak dan ayah ajak keluar makan bila dorang dah tua dengan kita punyalah kita malu, takut kawan-kawan nampak dan gelakkan kita. Sedangkan kita tahu mak dan ayah yang lebih malu pada kelakuan kita masa kecik tue kan.

Maaf coretan ini hanya sekadar mengenang sesuatu kehilangan yang tidak mungkin kembali. Bagi korang yang masih punya mak dan ayah, korang sayangilah mereka seadanya sebab, Allah itu maha adil, apa yang kita lakukan hari ini pada mak dan ayah, suatu hari nanti, ini juga yang terjadi pada diri kita sendiri.

Thank you, sudi membaca :)


Tag :  Hawiey
           Nurul Hazirah
16 Komentar untuk "Harta seorang yang bergelar anak"

nice entry
rindu mak ayh.wuwuwuw T_T

terbaik dari nur ikaa. hargailah mereka sebelum terlambat..

sangat tersentuh dgn entry ni.nice.. i luv my mum n dad! gudluck untuk contest nie..:)

saya sayang kedua orang tua saya..

bener juga nih -.- gak akan pernah aku sia siakan orang tua aku ><' wkwkk :D

Bagus entry tu, untuk kesedaran anak2 yang lupa jasa mak ayah.. Kalau da kawin buat belakang umah mak ayah tau. hehehe.. <--- dah kawin duk belakang umah mak ayah je , tk jauh2 pun.. huhu

Salam , jemput join segmen pertama saya ;)

Ada hadiah tauuu! ;D

http://cerita-amna.blogspot.com/2012/07/segmen-sayaakukamek-seorang-blogger.html

This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus

Sgt2 tersentuh bc ni...syg mak dan abah sgt2...mmg betol.dowg bnyk bkorban tok kita dr kecik sampai besar cmneh..

nice entry..muhasabah diri sekejap :">

tahniah...
ada hadiah dari ain dan sm :)

http://lzulxocraxme.blogspot.com/2012/08/senarai-pemenang-konspirasi-blogger.html

(sila PM di facebook ain untuk tuntut hadiah)

T_T sedihnye.. cinta kedua org tua..

btw TAHNIAH jadi pemenang saguhati segmen nie :)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info