Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin

Assalamualaikum!~


Kian jatuh tirai ramadan, kian dekat lambaian syawal.

Lagi 3 hari, kita bakal ditinggalkan bulan ramadan dan masuk pulak bulan syawal yang dinanti-nanti setelah sebulan berpuasa. Korang dah beli baju raya, kasut raya, beg tangan raya ( bagi perempuan ), duit raya pun dah dimasukkan dalam sampul ke?

Hari raya sekarang xsama, macam hari raya zaman kanak-kanak kita dulu kan. Zaman sekarang kanak-kanak dah pergi raya naik motor, xde lagi bunyi kasut-kasut di atas jalan. Dah tue, kanak-kanak sekarang dah malu nak pi minta duit rumah orang, mana xnye semua keperluan, gadget2 ibu bapa dah sediakan, so xperlulah bersusah-payah kutip duit nak beli gadget.

Kalau zaman kanak-kanak ikaa dulu, sebelum nak pi beraya, kami akan plan dulu rumah sapa yang jadi mangsa. Lepas tue, bising je bunyi kasut raya kat tengah jalan, sampai haus tapak kasut barulah kami balik rumah, kira duit yang berjaya dikumpul. Dekat Rm200 jugak laa yang dapat, tue pun xtermasuk duit mak ayah, sedara bagi lagi.

Tapi raya kali nie, dah jauh berbeza. Pagi raya selepas balik sembahyang raya, singgah kubur arwah ayah. Lepas tue barulah balik tukar baju, bermaaf-maafan dengan saudara-mara barulah mula berkunjung ke rumah kawan-kawan. Habis jalan, balik rumah mengadap laptop. Tambah musim panas macam nie, malas je rasa nak keluarkan.

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakan blogger, bukan blogger, pengunjung dan semua yang singgah blog ikaa nie, Ikaa minta maaf kalau ada terkasar bahasa, atau ada antara ayat-ayat ikaa yang buatkan korang terasa hati, ikaa minta maafkan ye. Dan segala tunjuk ajar korang pada ikaa, minta dihalalkan, semoga raya kali nie sangat bermakna untuk kita.
12 Komentar untuk "Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin"

selamat hari raya!! maaf zahir batin..

Salam aidilfitri. Kejap je kan, rasa mcm skejap je ramadhan kali ni. Huhuhu... Raya dulu ngan skang mana nk sama, lglh dh ada blog ni. Byk yg nk d kongsi.

Pagi raya nanti dtg mkn lodeh kt blog CiM eah

hah lodeh?? apa tue?? hehehe xpnh lak dengar

selamat hari raya ikaaa..
rindu hari raya dulu-dulu kan ? huhu

@Cik Rongoksaha rindu sgt....dulu leh kumpul duit byk...skrg kita lak bg kt owg..hihi

Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Maaf zahir dan batin ! :D

Selamat Lebaran...
Salam Ukhuwah antarnegara... :D

http://genggamharapan.blogspot.com/

"Ketika kehidupan memberikan SERIBU alasan untuk menangis, Buktikan bahwa kita memiliki SEJUTA harapan untuk tersenyum..." :D

this blog is great!
beautiful blog, I'm very comfortable in this blog, visit my blog too simple and ugly and not comparable to your blog

http://miamigames.blogspot.com/

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info