Assalamualaikum !~
Dalam sesebuah perhubungan, kepercayaan merupakan nadi untuk meneguhkan hubungan yang terjalin untuk terus berpanjangan. So tidak hairan kalau korang dengar, berkawan 7 tahun boleh elok, tapi bila bercouple setahun dah start bergaduh dan akhirnya putus ditengah jalan.
Kenapa berkawan boleh percaya, kapel xboleh?
Sebab, bila berkawan, kita xkan sesekali melibatkan perasaan dan hati. Yang kita tahu, dia adalah kawan kita, so xde sebarang peraturan atau syarat yang perlu kita letakkan untuk berkawan. Sebab tu la, bila berkawan, lama kita boleh pupuk, tapi bila declare couple, dah start gaduh. Yang lebih teruk, bila pasangan terlalu cemburu, startlah jenayah sana sini, bakar kekasih, rogol dan bunuh. Kesannya, masa depan yang cerah menjadi gelap selamanya, bukan saja di dunia tapi di akhirat juga.
1. Jujur
Kejujuran adalah faktor penting, bagi mengelakkan sebarang salah faham dan teka teki pasangan anda. Contohnya " korang cakap keluar dengan kawan perempuan, tapi kekasih korang nampak kawan lelaki ". Mungkin saja itu, abang atau sepupu korang, tapi seeloknya, jangan menipu dan beritahu hal sebenar bagi mengelakkan curiga pasangan anda itu berlanjutan.
2. Percaya diri sendiri.
Selalunya, mereka yang tidak mempercayai pasangannya, adalah mereka yang selalu ditipu dengan hubungan sebelumnya, atau mungkin korang sendiri pernah menipu. So elakkan berfikiran negatif terhadap pasangan, dan jangan sama kan pasangan anda dengan pasangan sebelumnya. Berikan dia, kepercayaan bukannya peraturan yang sememangnya wujud dalam perhubungan couple bukannya perkahwinan.
3. Masa
Sememangnya, setiap orang perlu mengambil masa untuk mempercayai pasangannya, tapi dalam masa yang diambil tersebut, cuba untuk elakkan sebarang pertengkaran atau salah faham.Yang penting ambil masa untuk mengenali diri sendiri, sebelum kenali pasangan anda
4. Yakin kepada pasangan
Korang kena ingat, pasangan korang sangat menyayangi korang, untuk itu mereka memilih korang sebagai pasanganya, bukan orang lain. So korang kena yakin cinta yang diberikannya. Dan berpegang kepada " ajal, maut, jodoh, pertemuan itu di tangan ALLAH bukan kita. Tapi kalau Allah pertemukan kita dengan di dia, kenali dia, fahami dia, insyaallah mungkin dia jodoh kita. Tapi kalau kita selalu buruk sangka dengan kebaikan dia, mungkin tidak akan sampai ke mana perhubungan tue.
5. Komunikasi
Komunikasi nie penting, kita boleh menilai orang melalui tutur kata, tingkah laku dan pandangan mata. Tapi kalau yang cinta jarak jauh, gunakan teknologi yang ada bagi mengeratkan perhubungan anda, ada masa terluang berjumpalah pasangan anda. Yang penting jangan sesekali berahsia dengan pasangan, sebab kekasih kita kadangkala boleh jadi kaunseling yang baik.
6. Elakkan peraturan dalam perhubungan
Setiap perhubungan mesti ada peraturan kan, xboleh berkawan, keluar kena bagitahu, itu ini. Dia cuma kekasih bukan isteri/suami korang. Ingat, peraturan dalam perhubungan cuma mencetuskan pertengkaran bukan kemesraan. Kalau sebelum couple, korang xberi peraturan, bila couple start kena ikut itu ini, cuba lihat sejauh perhubungan itu boleh bertahan.
Setakat ini saja yang ikaa boleh kupaskan.
Ingat pasangan anda sangat mencintai anda bukan peraturan anda, sebab itu dia memilih anda dari beribu mereka yang lain, yang jauh lebih baik dari anda.
8 Komentar untuk "Tips membentuk kepercayaan kepada pasangan"
hehe , best kalo kapel tuu anggap dia macam pakwe , abang , bestfren :)
santai jee . huhu
@CikMunBloggeraha betul, tp kapel tue agp kita nie hak milik kekal lak :(
Dalam banyak-banyak ni kan..saya rasa bab yakin pada pasangan ni paling susah..Mengikut pengalaman saye la kan..hehe...
susah nak berpasangan sebenarnya. kawan2 je lah.
True facts..
saya sendiri hadapinya..banyak cabaran dalam kapel ni.. cabaran yang kita cipta sendiri sebenarnya.. :)
betul sume tips tu penah buat
tapi mcm mana utk pasangan yang main2 je?
@drbloggerbetul, tambah2 kalau kita nie pnh dikecewakan..mmg ssh nk yakin dh pastu :(
@BeLLa kita sudah dewasa utk mengetahui sama ada psangn kita tue men2 ke seruis..kalau rasa dia men2 better tinggalkan.. :)
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.