Bantuan Lesen 1 Malaysia hanya RM199 sahaja

Assalamualaikum

BL1M | Kemarin aku teman sepupu aku daftar BL1M di pejabat buat lesen memandu. Actually bagi aku, memang beruntung bagi adik-adik atau mereka yang masih belum ada lesen nie, sebab masa aku dulu tahun 2006, punya la mahal kot lesen moto saja pun dah RM36+. Kalau yang asyik repeat ujian komputer lagi laa satu hal, sekali repeat RM17 terbang, kalau berkali-kali?

So, korang tu yang pandai bawak moto, tapi tak de lesen moto, better jangan lepaskan peluang ini, kecian la sikit dekat mak bapak korang yang asyik kena bayar saman bawak moto tak de lesen tue hah.

Bantuan Lesen 1 Malaysia hanya RM199 sahaja

Syarat Kelayakan 
  • Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013.
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  • Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  • Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Cara pemohonan BR1M RM199
  • Kepada yang berkelayakan dan berminat boleh mendaftar nama untuk menikmati insentif program ini melalui laman sesawang rasmi BL1M klik url www.bl1m.my 
  • Pautan (link) untuk isi borang daftar online klik http://www.bl1m.my/daftaronline.html
  • Jika mengalami kesukaran untuk akses laman daftar online BL1M,anda boleh guna MyEG sebagai cara alternatif lain untuk mendaftar sila klik http://www.myeg.com.my/BM/index.html.
  • Atau ambil borang di pusat khidmat negeri masing-masing.

Apa yang pasti, kaunter tempat sepupu aku daftar kemarin, dia cakap sesiapa yang buat lesen guna BR1M ini, korang masih jalani ujian seperti biasa itu khusus sehari, ujian berkomputer, ujian amali dan test JPJ. Tapi yang paling beruntungnya korang diberikan 4kali ujian komputer, kalau gagal jugak, korang akan diberikan ujian bertulis.
6 Komentar untuk "Bantuan Lesen 1 Malaysia hanya RM199 sahaja"

haish masa aku mnik xd la pulak mende ni..

@selipar putih itu la pasal...mahalkan dulu...skrg dowg murah la pulak

dah ada lesen penuh baru nak keluar benda ni.hahaha.. good luck tau ikaa.. nanti dah ada lesen, bolehlah bawak saya pergi jalan2 kan?hehehe

@boni kacakgud luck apanya dh bkurun dh pn ada lesen...owg tue ja jauh..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info