50 pelajar perempuan SMK Tanjung Puteri ternanpak kelibat lembaga hitam

Assalamualaikum

50 pelajar perempuan SMK Tanjung Puteri diserang histeria.

50 pelajar perempuan SMK Tanjung Puteri

JOHOR BAHRU: Lebih 50 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, di sini, diserang histeria pada kira-kira 7 pagi pada 15.1.2014 yang lepas.

Pengurusan sekolah turut memanggil pakar perubatan Islam untuk membantu memulihkan pelajar berkenaan. Difahamkan, ia berlaku apabila seorang guru melihat lembaga hitam di sekitar sekolah namun guru wanita berkenaan dapat mengawal diri.
Tidak lama kemudian, pelajar perempuan sekolah itu mula menjerit sehingga jumlahnya melebihi 50. Pengurusan sekolah kemudiannya membatalkan sesi persekolahan pada hari tersebut dan membenarkan kira-kira 1,000 pelajarnya pulang.

Ibu bapa juga dibenarkan menjemput pulang anak masing-masing. Semua mangsa berjaya dipulihkan. Menurut maklumat, kejadian berkenaan berpunca daripada seorang pelajar yang didakwa terlihat satu lembaga hitam di sekitar kawasan sekolah berkenaan sebelum tba-tiba menjerit kuat.Tidak lama kemudian, lebih 50 pelajar perempuan lain turut sama menjerit terkena histeria.
 
1 Komentar untuk "50 pelajar perempuan SMK Tanjung Puteri ternanpak kelibat lembaga hitam"

prnh jd dlu kt skola. hsteria scra bjemaah

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info