Apa yang penting dalam dunia blog ?

Assalamualaikum


Apa yang penting dalam dunia blog ?Menjadi seorang blogger bukanlah suatu perkara yang mudah dan bukan juga perkara yang sukar jika anda mempunyai bakat semulajadi dalam diri.

Jika dilihat sekarang, pertambahan blogger seperti cendawan tumbuh selepas hujan sehinggakan wujudnya Malaysia Social Media Week 2014 untuk mempertemukan para blogger, usahawan internet dan pengamal media dipertandingan tersebut.

Pengetahuan asas dalam blogging
Ramai yang tidak tahu perkara asas sebelum menjadi blogger terutamanya kepada blogger baru. Jangan hanya tahu menulis entri tapi tidak tahu bagaimana untuk meningkatkan traffik secara on and off. Apa yang ingin aku coretkan ini datangnya dari pengalaman aku belajar mengenai dunia blog ketika mula mendaftar blog.

Siapa itu blogger ?
Blogger adalah mereka yang menulis blog, sama ada menggunakan blogspot mahupun wordpress sekali pun. Syarat seorang itu digelar blogger - boleh menulis dan menaip.

Apa pula niche ?
Niche ni bukanlah perkara asing bagi internet marketing.

Tapi bagi anda yang baru mengenal dunia blogging, anda harus tahu niche(fokus blog) anda. Jika blog anda fokuskan kepada informasi, terbitkan entri berkaitan informasi terkini. Bukan cerita pasal diari harian korang pulak.

Ada apa dengan pageview?
Bagi blogger baru, pasti korang selalu dengar apa itu pageviews.
Pageview nie adalah seberapa banyak halaman(klik) yang dilihat atau dibaca oleh pengunjung.

Ada apa dengan unique view
Tapi berbeza dengan unique view, sebab walaupun pengunjung yang klik berkali halaman entri anda, jumlah unique view tetap satu. Kerna ia dikira berdasarkan address akses anda.

Apa yang penting dalam dunia blog ?
Apa itu SEO
Search engine optimization atau seo digunakan untuk meningkatkan pengunjung blog anda secara on and off. Dimana entri anda akan berada di halaman pertama search google jika keyword yang dicari ada dalam blog anda.

Apa pula backlink
Adalah satu pautan antara satu blog dengan blog yang lain. Anda boleh memperoleh backlink melalui pemasangan commentluv di kotak komen.

Apa pula keyword
Keyword memainkan peranan penting untuk menarik minat pembaca dan meningkatkan bilangan pageviews dan unique view harian anda. Contohnya keyword - Malaysia - Terengganu turun salji, mendapat 2K unique view pada hari pertama.


7 Komentar untuk "Apa yang penting dalam dunia blog ?"

Perkongsian asas yang amat berguna. Terima kasih:)

Menarik.. zara newbi blogger. Maklumat yg amat bmkna.. trima kasih.. ^^

nice tip dan info..betul tu pasal niche...kena ada hala tuju blog..nie gak merepek..jap pasal retis..jap sal diri sendiri..huhu

Kalau menurut saya .. yang terpenting itu adalah berbagi satu sama lain dan menjalin silaturahmu di dunia maya ini sobb
Salam kenal ya ..

terima kasih atas info diatas.

btw saya orang baru dalam blogging world

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info