Terbalik - Ular pula dimakan katak

Assalamualaikum

Apakah dunia sudah terbalik?

Jika dulu katak dimakan ular, kini katak pula yang memakan ular. Fenomena ini benar-benar berlaku di China, dimana Longzhong berjaya menangkap gambar ini menggunakan kamera miliknya yang menunjukkan seorang katak hijau memakan seekor ular. 

Mungkin ada yang akan cakap ularnya kecil sebab tu katak boleh makan. Tapi pernah kita lihat katak memakan ular? selalunya makanan katak adalah serangga.


Gambar katak gunung yang sedang memakan ular Jerdon, berjaya dirakam seorang pelancong yang datang melawat Qingcheng Mountain Park di Sichuan, Tengah China.

Longzhong Ran berasal dari Chongqiang, mendedahkan gambar tersebut yang dianggap pelik kepada Media IC bahawa dia hampir tak percaya kejadian tersebut berlaku di depan matanya. Dan dia sangat gembira dapat menangkap gambar fenomena semulajadi dalam bentuk gambar untuk kenangan.


1 Komentar untuk "Terbalik - Ular pula dimakan katak"

Tidak mustahil sesuatu perkara itu terjadi dengan izin_Nya...ikhlas dari www.tepakku.com

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info