Sepahtu dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2013

Assalamualaikum

Setelah 12 minggu mereka berentap di pentas Maharaja Lawak Mega, dan hanya lima finalis yang layak ke peringkat akhir pada malam ini. Antara mereka yang layak adalah Shiro, Sepahtu, Nabil, Bocey dan juga Jambu.

Juara Maharaja Lawak Mega 2013


Kelima-lima finalis telah pun bertungkus-lumus untuk persembahan akhir mereka malam ini. Apa pun tahniah kepada mereka kerana berjaya sampai ke peringkat akhir.


Berikut adalah keputusan penuh peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2013

Juara : Sepahtu
Naib Juara : Shiro
Tempat ke-3 : Bocey
Tempat ke-4 : Jambu
Tempat ke -5 : Nabil

Dengan ini tamatlah sudah Maharaja Lawak Mega 2013 musim ini. Dan mungkin akan ada lagi Maharaja Lawak untuk musim yang akan datang. Apa pun tahniah di ucapkan kepada mereka yang telah berjaya. 

Bagi yang tidak berjaya dan kecundang sebelum sampai ke peringkat akhir, jangan berputus asa, teruskan perjuangan anda untuk musim yang akan datang.


2 Komentar untuk "Sepahtu dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2013"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info