Tertekan dipersenda guru murid tahun 5 terjun bangunan

Assalamualaikum

Budak-budak sekarang bukan macam budak-budak dahulu, betindak agresif tanpa mempedulikan kesan akan datang. 

Skudai, Johor Bharu : Seorang murid tahun 5 patah kedua-dua kakinya akibat terjun daripada bangunan sekolah tingkat 3. Menurut laporan yang dibuat, murid terbabit dikatakan tertekan apabila seorang guru sekolah telah memberi hukuman denda ke atasnya kerana membuat bising ketika sesi pembelajaran.

sekadar gambar hiasan

Murid tersebut dikenali sebagai Aziz, di arah berdiri di tengah-tengah sekumpulan pelajar perempuan dengan niat mempersendanya.

Bapa pelajar terbabit yang hanya dikenali sebagai Mohamad 50-an dan isterinya dimaklumkan oleh pihak sekolah kejadian yang menimpa anaknya.

Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian yang menimpa Aziz yang difahamkan terjatuh dari tingkat 3 selepas di denda guru.

"Dia dikelilingi sekumpulan murid perempuan menyebabkannya malu serta tertekan,” katanya.

Mohamad berkata, dia diberitahu isterinya anak mereka terjatuh dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada jam 1.50 petang.

Bagaimanapun, menurutnya dia tidak pasti sama ada Aziz terjatuh atau sebaliknya dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

“Saya sudah bertemu pengurusan sekolah, namun tidak mendapat maklum balas memuaskan.

“Kedua-dua kaki Aziz patah dengan kaki kirinya patah di dua bahagian,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar ketika dihubungi berkata, pihaknya maklum dengan kejadian berkenaan dan berharap pengurusan sekolah melakukan siasatan serta memberi penjelasan penuh kepada keluarga murid itu.

 
0 Komentar untuk "Tertekan dipersenda guru murid tahun 5 terjun bangunan"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info