Terkini Balai Polis Bukit Mertajam teruk di Serang

Assalamualaikum

Bukit Mertajam diserang !

Bukit Mertajam : Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun berkuasa tinggi,  awal hari ini.

Pagi ini jam 4.50 satu letupan telah berlaku dibalai polis bukit tengah dipercayai perbuatan khianat dimana kesan letupan tersebut telah menggegarkan balai mengakibatkan pintu cermin hadapan telah pecah.


Namun, empat anggota polis yang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan, dua orang berada di dalam balai dan dua lagi sedang membuat rondaan. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi letupan kuat di bahagian pintu masuk.

Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu rosak teruk.

Ianya digambarkan seperti cara sama yang digunakan komunis Malaya serang balai polis dan bunuh pasukanpolis suatu ketika dahulu.

Sumber- Bernama 

1 Komentar untuk "Terkini Balai Polis Bukit Mertajam teruk di Serang"

Nauzubillah..minta dihapuskan manusia bertuhankan syaitan , hanya membuat petaka pada orang lain

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info