Assalamualaikum
Kenapa Hanez Suraya minta isteri Mr R mohon maaf secara terbuka - Pelakon Hanez
meminta Nurliyana Abd Manan iaitu isteri kepada lelaki yang dikaitkan
dengannya memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dia sebagai punca
keretakan rumah tangga mereka.
Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, jika
Nurliyana tidak berbuat demikian, dia akan mengambil tindakan kerana
perbuatannya telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.
“Selepas saya dan keluarga dihina masyarakat, saya harap dia
(Nurliyana) dapat membersihkan nama saya dengan memohon maaf kepada saya
secara terbuka.
“Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah
tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali
lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia
menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas".
“Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini
dan jika dian tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan
saya seterusnya ,” katanya.Hanez ditemui pada sidang media khas yang
dianjurkannya bagi menjelaskan isu apabila dia dikatakan bakal berkahwin
dengan suami orang.
Sidang media itu diadakan di Hotel One World di sini pada Rabu.
Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda
yang dikaitkan dengannya iaitu Romie Razin Adilha, 34, bersama
peguamnya, Rubiah Jaffar.
Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal
berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda yang dikenali sebagai
Mr.R dan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Tidak lama kemudian, Hanez telah dihentam oleh seorang individu
menerusi laman Instagram miliknya dengan mengatakan kekasih pelakon itu
sebenarnya masih suami orang dan mereka belum lagi bercerai.Situasi
bertambah tegang apabila Nurliyana membuat kenyataan dalam rancangan
Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez
sebagai punca pergolakan rumah tangganya.
Sementara itu Hanez juga menafikan telah bercuti dengan Romie
berdua-duaan ke Bangkok, Thailand pada Januari lalu sebaliknya dia ke
negara tersebut atas urusan perniagaan bersama lima orang rakan lain.
Dalam sidang media yang sama, Romie pula berasa agak terkejut apabila
kontroversi tersebut tersebar selain perbuatan isterinya membuat
kenyataan di media.
“Memang saya dan dia belum bercerai tetapi masalah rumah tangga kami sudah lama berlaku. Sebelum saya mengenali Hanez lagi.
“Malah isteri telah memfailkan cerai pada 8 Oktober 2013 dan ini
merupakan fail cerai buat kali kedua yang dibuat oleh dia. Saya harap
orang ramai tidak menghentam Hanez tanpa sebab lagi,” tegasnya.
Hasil perkahwinan Nurliyana dengan Romie Razin, mereka dikurniakan dua orang anak yang berusia antara dua dan lapan tahun.-mStar
1 Komentar untuk "Kenapa Hanez Suraya Minta Isteri Mr R mohon maaf terbuka ?"
pasal rumah tangga orang ni orang luar tak boleh masuk campur..kalau orang luar masuk campur lagi bertambah buruk keadaan...well, yang pastinya dalam kes ni kedua2 pihak atau ketiga2 pihak sebenarnya ada salah dan silap masing2... tak perlu nak tunding jari pada satu pihak jer... kita manusia tak sempurna, dan ada khilaf masing2 kadang2 tu, salah kita mungkin kita tak nampak, sebab dah syok sangat nak tunding jari kat orang kann??? Allah jer yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dan apa perbuatan terselindung yang orang lain tak nampak atau tau...
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.