Asslamualaikum
KUALA LUMPUR - Tumpuan dunia kini terarah kepada MH370 Boeing 777-200
yang dilaporkan hilang, pesawat kerangka luas dengan enjin berkembar
yang diterbangkan oleh Malaysia Airlines (MAS), membawa 239 penumpang
dari 15 negara berbeza.
Pesawat 777-200 itu, yang dikeluarkan oleh satu daripada pengeluar
pesawat terkemuka dunia, Boeing Commercial Airplanes, dianggap sebagai
salah satu pesawat paling popular dan selamat di dunia.
Ia merupakan satu daripada model paling laris Boeing dan menjadi
pilihan utama syarikat penerbangan berikutan keupayaannya untuk terbang
bagi jarak yang sangat jauh.
Penerbangan paling lama yang ia mampu ialah lebih daripada 18 jam. Dengan hanya dua enjin, pesawat itu membakar kurang bahan api
berbanding pesawat empat enjin dan boleh terbang sehingga setinggi
12,779 km, atau 6,900 batu nautika, dengan kapasiti tempat duduk 282
penumpang.
MAS berkata hari ini penerbangan MH370, perkongsian kod bersama China
Southern Airlines, yang terputus hubungan komunikasi di Laut China
Selatan, membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.
Syarikat penerbangan itu mengumumkan pasukan mencari dan menyelamat telah digerakkan untuk mengesan pesawat tersebut yang dilaporkan hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Syarikat penerbangan itu mengumumkan pasukan mencari dan menyelamat telah digerakkan untuk mengesan pesawat tersebut yang dilaporkan hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Boeing dalam satu kenyataan dari Seattle berkata ia menubuhkan satu
pasukan untuk menyediakan bantuan teknikal kepada pihak berkuasa yang
sedang menyiasat kehilangan pesawat tersebut.
MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi waktu tempatan
dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada
pukul 6.30 pagi waktu tempatan. Pesawat yang hilang itu merupakan satu daripada 15 pesawat Boeing 777-200s MAS.
Model 777 pertama, 777-200, memulakan operasi pada 1995 dengan United
Airlines sebagai syarikat penerbangan pertama menggunakan
perkhidmatannya. Sejak itu, empat model 777 tambahan telah dilancarkan termasuk model lebih panjang pada Februari 2000. - Bernama
1 Komentar untuk "MH370 Boeing 777-200 dilaporkan hilang semasa penerbangan Kuala Lumpur - Beijing"
semoga usaha menemui pesawat hilang dipermudahkan..
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.