assalamuailaikum
Pesawat penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS) dari Amsterdam ke Kuala
Lumpur dilaporkan terhempas di kawasan konflik berhampiran Donetsk
Ukraine. Menurut makluman awal Malaysia Airlines (MAS) menerusi
akaun Twitter, pesawat jenis Boeing yang membawa 298 penumpang itu telah
terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara.
Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Sementara
itu, laporan agensi-agensi berita Russia melaporkan pesawat itu
dipercayai ditembak oleh peluru berpandu ketika terbang pada ketinggian
10,000 meter di ruang udara Ukraine dan tidak memasuki ruang udara
Rusia.
Spekulasi peluru yang dikatakan tertembak pesawat Mas MH17
Tambah laporan lagi, kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan MH17 itu terbunuh.
Ringkasan Berita Pesawat MH17 Terhempas di Ukraine 2014
1. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyatakan pihak tentera negaranya tidak menembak sebarang sasaran di udara selepas pesawat Malaysia Airlines dilaporkan terhempas di sempadan negaranya dengan Rusia.
2. Reuters melaporkan sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui di kampung Grabovo dan terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.
3. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko percaya ‘tindakan pengganas’ menjadi punca pesawat Malaysia terhempas kata setiausaha akhbarnya.
“Poroshenko berpendapat pesawat ini ditembak jatuh, ia bukan kemalangan, bukan bencana, tetapi perbuatan pengganas,” kata Svatoslav Tsegolko – Reuters.
4. Belum ada pihak yang tampil bertanggungjawab, masing-masing menafikan terlibat malah Ukraine dan Russia saling menuding jari.
Petikan kata-kata Presiden Russia Vladimir Putin.
“Tanpa ragu-ragu lagi negara yang terbabit dalam tragedi yang menyayat hati ini bertanggungjawab atas apa yang berlaku,” kata Putin dipetik agensi berita, Ria Novosti.
“Tragedi ini tidak akan berlaku jika negara itu aman dan jika pihak tentera tidak mencetus keadaan huru-hara di sebelah timur Ukraine,” katanya.
Sementara itu, Puak pemisah Ukraine di Donetsk menafikan bahawa mereka menembak jatuh pesawat penumpang MH17 tersebut.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Puak Pemisah Ukraine, Andrei Purgin menuduh, pesawat berkenaan telah ditembak jatuh oleh tentera kerajaan Ukraine tetapi dia tidak memberikan sebarang bukti berhubung dakwaannya.
5. Media Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri negara itu, Anton Gerashenko mendakwa, MH17 ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu darat ke udara ketika ia berada di ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).
Jelasnya, sistem peluru berpandu tersebut berupaya menembak jatuh pesawat di ketinggian 22,000 hingga 72,000 kaki.
6. Ukraine memberitahu pesawat penumpang, MH17 dipercayai ditembak jatuh kerana memasuki ruang udara kawasan konflik antara kerajaan negara itu dengan puak pemisah pro-Rusia.
Sebagaimana laporan sebelum ini Ukraine menafikan telah menembak jatuh pesawat tersebut.
7. Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sesi sidang media khas berhubung nahas MH17 memaklumkan setakat ini masih belum dapat mengesahkan punca Penerbangan Malaysia MH17 terhempas.
Menurutnya, jika benar pesawat itu ditembak jatuh, pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.
8. Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine 298 orang yang terdiri 283 penumpang dan 15 anak kapal.
9. Dalam satu kenyataan media, MAS turut memberi senarai warganegara penumpang dengan paling ramai warga Belanda iaitu 154 orang diikuti Malaysia 43 (termasuk 15 kru dan 2 bayi).
Australia (27), Indonesia 12 (termasuk 1 bayi), United Kingdom (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1), Belum Disahkan Kewarganegaraan (41).
#PRAYFORMH17
0 Komentar untuk "Gempar ! Pewasat Mas MH17 Terhempas di Ukraine"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.