Peserta Maharaja Lawak Mega 2014

Assalamualaikum


Setalah labuhnya tirai Maharaja Lawak Mega 2013 yang telah pun diketahui pemenangnya iaitu SEPAHTU, kini kembali lagi Maharaja Lawak Mega 2014 dengan barisan pelawak yang hebat-hebat belaka, terutama Zizan Razak yang pernah menjadi Juara dalam Maharaja Lawak sebelum ini yang turut dianggotai oleh Johan atau Jozan ~



Berikut adalah senarai dan barisan pelawak yang dipilih secara automatik untuk beraksi di gelanggang Program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)

Program Maharaja Lawak Mega 2014 musim terbaharu tidak disertai oleh peserta dari Indonesia seperti sebelum ini kerana tiada di antara mereka yang menepati kriteria pemilihan.

1) Shiro
2) Bocey
3) Nabil
4) SYJ
5) Sepahtu dengan tambahan seorang lagi anggota iaitu Ilya (Senario)
6) Virus – Tauke, Yus dan Zizan Razak
7) Comey (Suhaimi Yusof dan Rophie)
8) Jalor (Along Cham, Rahim dan Joey)
9) Sayot (Zam, Filzah dan One)
10) Kepoh (Izu, Pian dan Kamal)

Selain daripada peserta sedia ada, terdapat lagi 16 kumpulan yang akan melalui ujian kerusi panas sebelum layak ke pentas Maharaja Lawak Mega 2014. 4 kumpulan yang layak akan bersama untuk bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega 2014. Antara 16 kumpulan yang akan melalui ujian kerusi panas adalah seperti berikut.

1) Ekzis
2) Mamu
3) Sakan
4) Samurai
5) Cak
6) Spark
7) Qtaro
8) Token
9) Chilok
10) Badboy
11) Zero
12) Glory
13) Shake
14) Gap2
15) Jbond dan
16) Wala

Seperti yang sedia maklum, pentas Maharaja Lawak Mega kini dibuka kembali menemui penonton pada setiap hari Jumaat bermula 14 November 2014. Rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 ini akan bersiaran secara langsung jam 10 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Siaran Langsung Kerusi Panas pula akan disiarkan pada 31 Oktober 2014 dan 7 November 2014.

Atau anda juga boleh saksikan Maharaja Lawak Mega 2014 ini secara online.



0 Komentar untuk "Peserta Maharaja Lawak Mega 2014"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info