Assalamualaikum
Ada sesiapa yang mengenali madu lebah kelulut? Hmm, aku mula mengenali madu lebah kelulut ini bila seorang kawan aku disyaki suspek denggi, dan dia minta aku membeli madu lebah kelulut. Tapi kalau sebut madu lebah dari pokok tualang pasti ramai yang tahu kan? kerna ianya terbaik dari ladang, berkualiti tinggi tetapi cara untuk dapatnya amat sukar.
Jadi bagaimana pula dengan madu lebah kelulut ?
Apa itu kelulut? mungkin nama kelulut sangat asing bagi korang buat masa ini, tapi aku rasa sekarang ramai yang mencari madu lebah kelulut berbanding madu lebah tualang yang harganya sangat tinggi.
Kelulut adalah sejenis lebah. Lebah kelulut ini bersaiz kecil dan mudah untuk diternak malah ia jugak tidak berbisa jika disengat. Kalau dibandingkan dengan lebah tualang sangat jauh bezanya dan sukar untuk didapati kerana lebah tualang hanya tinggal di hutan dan tinggi di puncak pokok tualang. Cuma satu kekurangan lebah kelulut iaitu tidak boleh menghasilkan madu dalam kuantiti yang banyak.
Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia. Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi. Dan didapati 35 spesies ini telah dikenal-pasti terdapat di Malaysia!
Selain Malaysia, negara lain yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies) serta Taiwan (1 spesies).
Rahsia Khasiat Madu Lebah Kelulut
Kini, ramai yang tercari-cari madu lebah kelulut bagi mengubati penyakit, kerana di dalam terdapat pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan antaranya.
Khasiat Madu Lebah Kelulut | |
1. Anti kanser | 14. Mengubati penyakit pundi kencing |
2. Merawat diabetis mellitus (kencing manis) | 15. Mengawal paras gula dalam darah |
3. Strok | 16. Menyembuh penyakit kronik |
4. Hepatitis (Hati) | 17. Menjaga kesihatan mata |
5. Batu karang | 18. Mengatasi sakit gigi |
6. Mampu meningkatkan metabolisme badan | 19. Menyembuh gout |
7. Menguatkan zakar | 20. Mengubati selesema dan sakit perut |
8. Tambahan tenaga batin | 21. Menguatkan jantung |
9. Mengekalkan kecantikan muka atau kulit badan | 22. Bertindak mencuci buah pinggang |
10. Menguatkan wanita bersalin atau selepas bersalin | 23.Mempunyai ketahan (imuniti) yang tinggi |
11. Merawati penyakit kecederaan dalaman | 24.Merawat masalah penafasan |
Kajian yang dijalankan
“Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik. Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.”
0 Komentar untuk "Keistimewaan Madu Lebah Kelulut"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.