Tips Kuruskan Badan Dalam Masa 30 Hari, Mampu Ke ?

Assalamualaikum

Tips Kuruskan Badan Dalam Masa 30 Hari, Mampu Ke ?Masalah kegemukan atau obesiti bukanlah perkara yang boleh dianggap remeh. Kalau anda lihat sekeliling berapa ramai mereka yang gemuk berbanding yang kurus dapat anda lihat?

Rakyat Malaysia hari ini kaya dengan kedai makan, aku sendiri pun jarang masak. Sebab kalau buat calculation, aku dengan mak je nak makan jadi membazir pula. kalau beli dalam RM8 untuk 2 orang berbanding beli bahan mentah. Lain lah kalau korang ramai orang kat rumah. So tak hairan kalau kita nie gemuk, asyik makan luar je kan....maklum la kedai makan sedap..

Ok, ada juga yang kata, gemuk ini disebabkan keturunan atau genetik. Ya...Mungkin juga tapi takkan tak nak usaha turunkan sikit berat badan tu. Nak ke perut tu sampai boleh letak dalam raga motor? tak nak kan?

So siapa yang rasa nak kurus...Meh ikuti tips kuruskan badan dalam masa 30 hari tanpa ubat-ubatan.

1. Banyakkan minum air kosong
Air kosong berperanan sebagai bahan bakar bagi mendorong reaksi kimia metabolisme. Malah, air kosong juga bertindak mempercepatkan proses pencernaan. So, tak kisah lah kalau korang minum air, lepas tu berpeluh dan kerap bang air kencing. Bila air kurang dalam badan kita mudah rasa lapar. 

2. Diet yang betul
Diet bukan bermaksud anda tidak makan. Tapi anda perlu mengambil makanan mengikut waktu dan kadar yang secukupnya untuk badan anda. Contohnya, pengambilan makan pagi yang seimbang seperti roti, bihun goreng dan makan malam sebelum pukul 8. Ia memudahkan proses penghadaman sebelum anda tidur.
Tips Kuruskan Badan Dalam Masa 30 Hari, Mampu Ke ?
3. Bersenam
Cuba disiplinkan diri anda untuk lakukan senaman secara konsisten seperti berjoging, kayuh basikal atau berkayak. Paling senang pun, lakukan sit up 100kali sebelum dan selepas bangun tidur.

4.Lebihkan pengambilan buah-buahan
Dalam sehari, setidaknya amalkan 2 biji buah-buahan seperti apple hijau, limau atau apa buah kesukaan anda. Ia memberikan vitamin dan meneral kepada badan dan membantu memcuri usu serta pengolahan sumber energi yang dimakan.

5. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

6. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan leb
ih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
7. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
 

8. Elakkan minum minuman yang bergas Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Jika anda mampu disiplin diri dengan tip-tip ini, rasa tak perlu anda runsing nak cari duit pergi london weight management. Kalau mampu tak salah. Kalau pergi pun, balik makan sekawah, tak guna, so displinkan anda, pasti boleh kuruskan badan dalam 30 hari.

2 Komentar untuk "Tips Kuruskan Badan Dalam Masa 30 Hari, Mampu Ke ?"

Assalamuallaikum sahabat. Jom join segmen dari blog saya :) http://www.jomkenalislam.my/2014/12/segmen-review-blog-oleh-jom-kenal-islam.html

nice sharing . dah kurus dah kot ni , huhuu .

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info