Ramalan Keputusan AJL29, Adakah Hafiz Suip ?

Assalamualaikum

Ramalan Keputusan AJL29, Adakah Hafiz Suip ?Dua hari saja lagi, pertandingan berprestif Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29) bakal berlangsung. Pasti ramai yang berdebar-debar, tak sabar menanti 12 finalis bakal naik ke pentas untuk mempersembahkan lagu maisng-masing.

Kebanyakkan lagu yang terpilih dalam AJL29 kali ini, datangnya dari drama yang ditayangkan di televisyen, seperti lagu sesal separuh nyawa ost dram satu hari tv9 dari nyayian Alyah. manakala Dayang Nurfaizah pula dengan dendangan lagu di pintu syurga ost Ariana Rose. 

Tahun ini AJL29 memilih tema "Gema Dalam Muzik" di mana pentas unggul itu akan kembali kepada eleman asas dan intipati sesebuah muzik. Malah, malam itu juga bakal mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting dalam penghasilan bunyi. Gabungan muzik yang dihasilkan itulah yang dinamakan gema dalam muzik yang bakal memeriah AJL29 kali ini. 

12 Finalis Yang Bakal Berentap Di AJL29

Memang hebat-hebat lagu yang bakal dipertandingkan ini. Uhm! sukar juga nak buat pilihan mana yang terbaik. Semua lagu datang drama yang ramai peminat. Antara 12 barisan finalis yang akan naik ke pentas adalah;
  1. Mojo - Romancinta
  2. Alyah - Sesal separuh nyawa
  3. Dayang Nurfaizah - Di pintu syurga
  4. Hafiz - Matahari
  5. Bunkface dan Amy Search - Rentak laguku
  6. Shila Hamzah - Masih aku cinta
  7. Hazama - Malaikat
  8. Stacy - Gilalah
  9. Yuna - Lelaki (dinyanyikan oleh Najwa Mahiaddin)
  10. Dato Hattan dan Waris - Gadis Jolobu
  11. Indah Suhaila - Percayalah
  12. Joe Flizzow dan Sonaone - Apa khabar
Ramalan Keputusan AJL29

Ramai peminat di luar sana yang tak sabar-sabar menanti siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara? Siapakah? Dan ini adalah ramalan keputusan yang aku rasa-rasakan, mungkin betul dan mungkin tidak,

Ramalan Keputusan AJL29, Adakah Hafiz Suip ?

Juara: Hafiz - Matahari 
Naib Juara: Dayang Nurfaizah - Di pintu syurga 
Tempat Ketiga: Malaikat, Hazama 
Vokal Terbaik: Dato Hattan dan Waris  Gadis Jolobu 
Persembahan Terbaik: Stacy - Gilalah

Ini hanyalah sekadar ramalan sahaja. Apa pun, kina nantikan persembahan Anugerah Juara Lagu ke-29, pada 18 Januari 2015, bertempat di Stadium Bukit Jalil. Bagi yang tak dapat hadir, boleh saksikan siaran langsung jam 9pm hanya di TV3 dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu sentral sebagai penaja bersama.


2 Komentar untuk "Ramalan Keputusan AJL29, Adakah Hafiz Suip ?"

semua best2 , x sabar nak tengok :)

Hafiz, Hazama, Hafiz, Hazama dua dua terbaik :)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info