Review : Filem Suamiku Encik Perfect 10

Assalamualaikum

Review : Filem Suamiku Encik Perfect 10Filem romantika terbaru selepas manisnya cinta di Cappodocia. Kali ini, filem gandingan dua aktor popular, Aoran Aziz dan Lisa Surihani bakal mengamit penonton ke pawagam yang berdekatan bermula tayangan pada 22 Januari 2015 dengan durasi 124 minit. Macam best jer nie. Filem ini diadaptasikan daripada sebuah novel, 'Suamiku encik perfect 10', karya Syamnuriezmil.

Sinopsis Filem Suamiku Encik Perfect 10

Filem ini mengisahkan pertemuan yang tidak diduga sewaktu dalam penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang. Aleeya Azmeen(Lisa Surihani), seorang pelajar perubatan manakala Zarief Daniel(Aoran Aziz) adalah ahli perniagaan. Pertemuan itu akhirnya telah membawa mereka menjadi pasangan suami isteri.

"Abang, orang lain kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! 
sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni", - Aleeya Azmeen

"Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! abang tak kisahlah apa orang nak cakap," - Zarief Danial

Namun, perkahwinan itu hanyalah lakonan semata-mata demi menyelamatkan Aleeya untuk berdepan dengan ibunya. Sementara pula, Zarief telah pun bertunang dengan Azura Hanim, mengambil keputusan untuk memutusnya kerana mula menyayangi Aleeya. Di saat cinta mula berputih, bekas kekasih Aleeya, Syed Muzaffar kembali menuntut cintanya dengan cuba merebut anak dalam kandungan Aleeya demi mendapatkan waris harta dan kekayaan.

Review : Filem Suamiku Encik Perfect 10

"Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?" - Zarief Danial.
"Dah, tapi dia milik orang". - Aleeya Azmeen.

Siapakah yang layak menjadi suami kepada Aleeya Azmeen?

Official Trailer - Suamiku Encik Perfect 10



Barisan pelakon yang menjayakan

Filem arahan Mohammed Feroz Abdul Kader, yang bergendre romantik ini membawa barisan pelakon hebat seperti Aoran Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zukifli, Jehan Miskin, Jasmin Hamid, dan ramai lagi bakal ditayangkan pada 22 Januari 2015. Rugi kalau tak tengok !



1 Komentar untuk "Review : Filem Suamiku Encik Perfect 10"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info