Tarik Trafik Melalui Enjin Carian Google

Assalamualaikum

Kejayaan sesebuah blog adalah mempunyai bilangan pengunjung yang ramai. Tambahan bonus, jika blog tersebut mempunyai ramai pengikut.

Tarik Trafik Melalui Carian Google
Lubuk trafik seperti enjin carian google mensasarkan jutaan organic visitor. Jika kita perhatikan, hampir 80% pengunjung yang masuk adalah datangnya dari carian google, termasuklah dalam dan luar negara. So, kalau boleh, cuba pasang google translate, bagi memudahkan visitor luar, memahami artikel kita.

Namun begitu, menjana trafik daripada enjin carian google bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih bagi blog yang kurang terkenal seperti blog ini, dan blog baru. Itulah salah satu sebab utama, kita harus mempunyai ilmu SEO, walaupun tak banyak seperti - tips jadikan template mesra seo.

Seorang blogger yang mahukan trafik blog yang tinggi, selalunya mempunyai kepakaran dalam ilmu SEO. Dari situ, mereka dapat menghasilkan entri dengan paparan di halaman pertama google. Oleh itu, tingkatkan - ilmu pengetahuan SEO anda.

Tarik Trafik Melalui Carian Google

Tarik Trafik Melalui Gambar 

Selain dari artikel, enjin carian juga menawarkan perkhidmatan carian melalui gambar. Jadi anda perlu rebut peluang ini untuk meningkatkan traffik blog, Bagaimana caranya? jika anda perasan semasa mengupload gambar ke dalam entri, anda perlu mengisi maklumat tentang "title text" dan "alt text".

Kebiasaannya, blogger hanya menumpukan untuk mengisi bahagian title text, tetapi mengabaikan alt text. Seharusnya isi kedua-duanya, kerana keadah ini memainkan peranan penting dari segi SEO dalam mengoptimasikan gambar.

Tarik Trafik Melalui Carian Google

Gambar yang diletak di dalam entri bukanlah untuk mesra pembaca, tetapi mempunyai kelebihan dalam meningkatkan trafik. Jadi rugilah jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan sebaiknya. 

Setiap blogger, biasa menggunakan enjin carian google dan tahu tentang kelebihannya. Jadi, rebutlah peluang ini yang disediakan ini. Harap, perkongsian dapat dimanfaatkan, bagi yang anda baru mengetahui, jadikan ia habit semasa menerbitkan artikel.

6 Komentar untuk "Tarik Trafik Melalui Enjin Carian Google"

Wow terima kasih atas perkongsian ini. Sangat berguna untuk saya..

terima kasih atas perkongsian..akan cuba dipraktikan

yang ni memang selalu buat . seo lain tak tahu la . mintak tolong ajar ni , hehee .

ho..ho..ho..terima kasih kerana berkongsi tip ini.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info