Pengeluaran KWSP kekal pada had umur 55 tahun. Sebelum ini ramai yang membantah cadangan KWSP yang mahu melanjutkan had umur pengeluaran penuh simpanan dari umur 55 tahun kepada 60 tahun. Ini kerana secara purata kira-kira 20,000 orang rakyat Malaysia dalam lingkungan umur 56 - 59 tahun meninggal dunia setiap tahun.
Ini bermakna, duit yang disimpan bertahun-tahun bekerja akhirnya tidak sempat untuk dinikmati.
Hari ini, Perdana Meneteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan dilanjutkan dan kekal pada had umur 55 tahun.
Pengeluaran KWSP Kekal Pada Had Umur 55 Tahun
Menurutnya lagi, sebarangan penambahbaikan hanya kepada pencarum baru sekiranya pencarum memutuskan untuk bekerja setelah melepasi umur 55 tahun.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan lebih 50,000 pencarum yang menyertai proses rundingan dalam talian sepanjang tempoh dua hari.
Ia adalah perundingan awam terbesar yang pernah dijalankan. Kaji selidik itu bermula Selasa lalu dan akan berakhir pada 5 Mei 2015.
Baru-baru ini, KWSP dilaporkan sedia menimbangkan untuk meminda had umur yang dibenarkan bagi pencarum mengeluarkan caruman mereka daripada 55 tahun sekarang kepada usia persaraan 60 tahun, yang mendapat kritikan pelbagai pihak.
Sumber - Bernama

"Ini memberi keseimbangan antara harapan rakyat terhadap hasil titik peluh mereka pada umur 55 tahun sambil memberi perlindungan kepada mereka sekiranya bersara pada usia 60 tahun," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Invest Malaysia 2015 di sini Khamis.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan lebih 50,000 pencarum yang menyertai proses rundingan dalam talian sepanjang tempoh dua hari.
Ia adalah perundingan awam terbesar yang pernah dijalankan. Kaji selidik itu bermula Selasa lalu dan akan berakhir pada 5 Mei 2015.
"Kerajaan sentiasa mendengar pandangan daripada rakyat. Adalah jelas majoriti ahli KWSP walaupun memahami kepentingan simpanan persaraan pada umur 60 tahun, mahu mereka diberikan hak untuk menggunakan dana persaraan pada umur 55 tahun," katanya.
Baru-baru ini, KWSP dilaporkan sedia menimbangkan untuk meminda had umur yang dibenarkan bagi pencarum mengeluarkan caruman mereka daripada 55 tahun sekarang kepada usia persaraan 60 tahun, yang mendapat kritikan pelbagai pihak.
Sumber - Bernama
0 Komentar untuk "Pengeluaran KWSP Kekal Pada Had Umur 55 Tahun"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.