Tonton Online Drama Bencinta 15 Episode

Tonton online drama bencinta 15 episode.  Drama terbaru terbitan Zeel production, menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Fattah Amin, Nur Fathia Latiff, Bella Dally, Eizlan Yusof, Erwin Dawson dan ramai lagi mula menemui anda pada 31 Mac di TV3 menerusi slot Samarinda.

Baca juga - Fesyen terbaru Shawl "Pocong" jadi trending

Drama bersiri 15 episode ini mengisahkan mengenai Nabil (Fattah Amin) yang menjadi anak yatim piatu selepas ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 10 tahun. Mak saudaranya, Maimunah (Sabrina Ali) menghantar Nabil ke rumah anak yatim kerana menganggapnya sebagai seorang yang sial. Di sana, Nabil berkawan rapat dengan Aishah (Bella Dally) dan Ikmal (Azri). Sifat kepimpinan Nabil terserlah sejak kecil.

Sinopsis Drama Bencinta, Samarinda TV3


Tonton Online Drama Bencinta 15 Episode

Selepas setahun, Nabil menjadi anak angkat kepada Majid (Datuk Eizlan Yusof) dan Maria (Amy Mastura) yang tidak dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama berkahwin. Walaupun hanya anak angkat, Nabil ditatang seperti minyak yang penuh oleh Maria. Majid pula sering membawa Nabil ke pejabatnya kerana mahu mendidiknya sebagai waris syarikatnya sejak usia muda lagi. Tidak lama kemudian, Maria mengandung. Malangnya, Maria meninggal dunia selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Nabila (Fathia Latiff).
Nabila dan Adam berjanji akan jumpa di Malaysia dan tidak akan memutuskan hubungan. Nabil pula berjumpa semula dengan Aishah dan Ikmal. Aishah masih memendam perasaan terhadap Nabil. Aishah mengambil peluang memenangi hati Nabil selepas berjaya mendapat jawatan sebagai pembantu peribadi kepada Nabil. Kemunculan Natasya (Nazeera Sardi) sebagai klien Nabil telah menggugat perasaan Aishah. 

Natasya seorang wanita korporat yang lincah, tidak segan silu menggoda Nabil walaupun dalam urusan rasmi. Selepas tamat pengajian, Nabila pulang dengan tekad dan azam baharu. Suasana di rumah sudah berbeza kerana Nabil yang lebih berkuasa. Nabil yang mengatur semua urusan memandangkan Majid sudah uzur. Nabila hanya bersabar dengan Nabil demi menjaga hati ayahnya. Kebencian Nabila terhadap Nabil bertambah apabila hanya diberikan jawatan biasa dalam syarikat ayahnya. Pertemuan semula Adam dan Nabila membibit semula cinta mereka. Nabila sering pulang lewat. Majid mula risau dan mahu Nabil mengawal cara hidup Nabila.
Apakah yang akan berlaku seterusnya? Saksikan Drama Bencinta setiap Selasa hingga Khamis jam 10malam. Atau anda boleh tonton secara online menerusi laman blog ini.

Tonton Online Drama Bencinta 15 Episode
0 Komentar untuk "Tonton Online Drama Bencinta 15 Episode"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info