Semak Saman Trafik Secara Online dan SMS

Semak saman trafik secara online. Sudah menjadi tanggungjawap polis dan JPJ untuk mengeluarkan saman ke atas pengguna yang melanggar peraturan jalan raya. Jika pengguna patuh terhadap peraturan mana mungkin saman akan dikenakan bukan?

Jadi, untuk memudahkan pesalah trafik menyemak saman mereka, pihak berwajib mengeluarkan tatacara semakan secara online bagi memudahkan pesalah trafik membuat semakan tanpa perlu bersusah-payah bertanya di kaunter.

Baca juga - Biodata ringkas Erwin Dawson

Saman trafik dikeluarkan kepada mereka yang melanggar peraturan jalan raya dan sebagai peringatan. Di sini aku kongsi dua kaedah semakan melalui SMS serta laman web rasmi.

Semak Saman Trafik Secara Online

Terdapat tiga portal yang menyediakan perkhidmatan semakan trafik secara percuma. Berikut adalah tatacara untuk menyemak saman trafik daripada polis trafik dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).

Semak Saman Trafik Secara Online

Semak Saman Trafik Melalui 3 Portal

1. Rilek e-Services (hanya saman PDRM sahaja)
  • Layari laman web Rilek e-Service PDRM dan daftar.
  • Login dengan nama dan kata laluan.
  • Klik "Check/Pay Summons(es)" pada menu dropdown.
  • Anda juga boleh membayar saman secara online dan ia dihubungkan dengan perbankan internet CIMB, Mybank dan RHB.
2. MyEG Services
  • Layari laman web - www.myeg.com.my.
  • Anda perlu mendaftar terlebih dahulu bukan kali pertama.
  • Login menggunakan username dan kata laluan
  • Klik eServices pada menu dan pilih PDRM atau JPJ. Untuk AES pilih JPJ.
  • Pilih pautan berkenaan untuk menyemak dan membayar saman kenderaan anda.
  • MyEG juga menyediakan perkhidmatan menghantar terus peringatan menerusi email anda. Ianya adalah percuma.
3. JPJ
  • Layari Portal Rasmi JPJ - pertanyaan-saman
  • Klik "semakan saman" klik menu downdrop untuk pilih kategori Nombor ID sahaja atau Nombor ID dan Nombor Kenderaan.
  • Isi semua data yang diperlukan bersama kod security (captcha)
  • Akhir sekali klik button "semak". 
4. Melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)


POLIS < jarak > SAMAN < jarak > [ NO KAD PENGENALAN atau NO KENDERAAN ] dan hantarkan ke 32728.

atau

JPJ < jarak > SAMAN < jarak > [NO KAD PENGENALAN atau NO KENDERAAN] dan hantarkan ke 15888.

Diharapkan perkongsian ini dapat memudahkan anda untuk menyemak saman trafik dengan segera serta dapat menyelesaikan saman yang tertunggak. Uhm! aku pun nak semak jugalah mana tahu, kalau kena AES ke atas highway Kuala Perlis - Changlung.

sumber - MalaysiaTercinta


0 Komentar untuk "Semak Saman Trafik Secara Online dan SMS"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info