1 Hari MC Kerana Sakitnya Tuh Di Sini Jadi Viral

Haha ...tergelak aku dibuatnya. Begitu hebat sekali penangan lagu dari seberang (Indonesia) ini sehinggakan sekarang pun masih menjadi viral. Aku difahamkan, gadis manis yang membawa lagu Sakitnya tuh di sini, baru berusia 21 tahun dan hampir 50 juta tontonan lagu ini di mainkan di youtube. Wah! hebat sekali kan. Aura lagu yang dinanyikan Cita Citata ini kan.

Yang menjadi lebih hebat lagi. Bila mana lagu ini boleh pula dijadikan bahan gurauan dalam sijil sakit. Apabila seorang individu tidak bertanggungjawap memanipulasi surat cuti sakit itu kepada 1 hari MC kerana sakitnya tuh di sini sehingga menjadi viral di laman sosial facebook. Mungkin ada sesetengah menggangap ianya hanya satu gurauan, tetapi itu boleh melanggar etika seorang doktor. Walaupun bukan salah doktor terbabit.

1 Hari MC Kerana Sakitnya Tuh Di Sini Jadi Viral

1 Hari MC Kerana Sakitnya Tuh Di Sini Jadi Viral

Akibat dari tindakan seorang individu terbabit. Seorang doktor membuat laporan polis apabila satu sijil sakit yang menjadi viral itu mengandungi tandangan dan cop beliau telah diubah isi kandungannya. Menurut Dr. Hajah Asmah, beliau kecewa dengan tindakan individu yang mengubah isi cuti sakit yang didikeluarkan  dari klinik miliknya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur. Malah menyifatkan tidakan tersebut memalukan dan menjatuhkan kredibiliti sebagai seorang doktor.

“Gurauan ini memalukan dan menjatuhkan kredibiliti profesion saya sebagai seorang doktor perubatan,” jelas Dr Asmah Ghazali, 57"

Cuba bayangkan jika cuti sakit tersebut digunakan untuk urusan rasmi. Sudah pasti ianya akan mengundang respon yang tidak baik buat doktor ini bukan. Mungkin akan ada kritikan dari orang ramai yang menganggap doktor ini semudah "abc" mengeluarkan cuti sakit.

Nak bergurau itu boleh. Tapi biarlah bertempat dan kena dengan situasinya. Jangan main redah ikut kepala sendiri. Mungkin lagu Sakitnya tuh di sini itu mudah dan senang diingati, itulah sebabnya lagu hangat ini menjadi viral.

Terima kasih kerana membaca - 1 hari MC kerana sakitnya tuh di sini jadi viral


1 Komentar untuk "1 Hari MC Kerana Sakitnya Tuh Di Sini Jadi Viral"

adoiii, kot iya pun janganlah letak nama doktor tu... viral tak kena pada tempatnya ni...dan boleh mengundang musibah kepada diri sendiri...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info