Baca Online Novel Langit Cinta Bab 1 Hingga Bab 18

Sebuah lagi filem romantik yang bakal ditayangkan bermula penghujung tahun ini. Filem arahan pengarah terkenal dengan filem-filem hebat sebelum ini iaitu Osman Ali. Bakal menampilkan sebuah filem bertajuk Langit Cinta gandingan pelakon popular tanah ait seperti Fazura dan Keith Foo selaku watak utama, serta barisan pelakon lain seperti Siti Saleha, Farid Kamil, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Zaidi Omar, Dian P. Ramlee dan Normah Damanhuri.

Oh ya... filem kali ini terbalik sikit, selalunya filem yang akan diadaptasikan daripada novel. Kali ini novel yang akan di inspirasikan dari skrip filem ini. Hah... macam konfius sikit kan. Penulis novel untuk filem ini adalah Damya Hanna. Bila tarikh tayangan itu akan diberitahu nanti, yang pasti novel dan filem untuk Langit Cinta akan keluar serentak.

Baca juga - Ping My URL ke 1600 website secara mudah

Filem Langit Cinta Terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd.
Baca Online Novel Langit Cinta Bab 1 Hingga Bab 18

Baca Online Novel Langit Cinta Bab 1 Hingga Bab 18

Langit Cinta mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (Keith Foo) dengan Khadijah (Nur Fazura). Alif adalah anak yang patuh dan taat kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Khadijah. 

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu. Alif terpaksa meninggalkan Khadijah sementara untuk ke bandar atas suatu urusan. Namun setelah Alif pergi dia sudah tidak pulang2 lagi bertemu dengan Khadijah. 

Walaubagaimanapun Khadijah setia dan tabah menunggu kepulangan Alif. Rupa-rupanya Alif kemalangan dan dia hilang ingatan, apa yang bakal berlaku seterusnya? 

Adakah Alif dapat mengingat semula tentang isterinya Khadijah? 

Bagaimana pula dengan nasib Khadijah? Adakah Khadijah akan berputus asa menanti kepulangan Alif dan menerima lamaran orang lain?

Untuk bacaan lebih lanjut, rujuk sini - Novel online Langit Cinta 

Selamat membaca....

2 Komentar untuk "Baca Online Novel Langit Cinta Bab 1 Hingga Bab 18"

Bab seterusnya sampai habis nk baca kat mana pls

Bab seterusnya sampai habis nk baca kat mana pls

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info