Senarai Barangan Harga Kawalan Aidilfitri 2015

Bersempena dengan sambutan hari raya tak lama lagi, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sudah pun mengeluarkahkHSKHsasddn senarai barangan harga kawalan Aidilfitri 2015.Senarai harga kawalan ini diberikan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) yang telah pun dilaksanakan bermula tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu akta kawalan harga 1946).

Skim ini akan bermula dari 7 Julai sehingga 23 Julai iaitu berkuatkuasa selama 17 hari ( 10 hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan 6 hari selepas perayaaan ) berbanding 15 hari pada tahun lepas bagi menyekat kenaikan harga yang tidak munasabah menjelang musim perayaan Aidilfitri 2015.

Senarai Barangan Harga Kawalan Aidilfitri 2015

Senarai Barangan Harga Kawalan Aidilfitri 2015

SKHMP ini melibatkan 21 barangan harga kawalan ini terdiri daripada bahan mentah dan basah meliputi seluruh Malaysia. Harga yang ditetapkan ini adalah hasil maklum balas daripada pegawai pemantau harga di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara selain perbincangan dengan kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta badan bukan kerajaan (NGO).

Berikut adalah senarai 21 barangan harga kawalan Aidilfitri 2015:
  1.  Ayam hidup
  2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
  3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
  4. Telur ayam gred A
  5. Telur ayam gred B
  6. Telur ayam gred C
  7. Daging lembu tempatan
  8. Daging lembu import (dikawal di Sarawak sahaja)
  9. Daging kerbau import (India)
  10. Cili merah
  11. Tomato
  12. Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)
  13. Kelapa biji (dikawal peringkat borong sahaja)
  14. Kelapa parut (dikawal peringkat runcit sahaja)
  15. Bawang merah kecil (India)
  16. Bawang putih (China)
  17. Bawang besar import
  18. Ubi kentang import (China)
  19. Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)
  20. Ikan selayang (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)
  21. Ikan aya/tongkol (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram) (dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja)
Untuk menyemak harga kawalan ini, anda boleh gunakan laman portal 1Malaysia Pengguna Bijak.

Senarai harga terbabit berbeza mengikut zon. Berbelanjalah secara berhemat, jangan berboros nanti ada yang membazir.... membazirkan amalan syaitan.

0 Komentar untuk "Senarai Barangan Harga Kawalan Aidilfitri 2015"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info