Foto Dan Biodata Ringkas Ruhainies Farehah

Foto Dan Biodata Ringkas Ruhainies Farehah. Pastinya ramai tercari-cari siapakah gadis yang memegang watak heroin dalam drama terbaru slot Akasia berjudul Hello Mr. Perfect yang akan ditayangkan pada esok hari (30 Sept 2015) bergandingan dengan hero Fattah Amin.

Mari kita selongkar serba sedikit latar belakang gadis cantik yang diberi nama Ruhainies Farehah.

Foto Dan Biodata Ringkas Ruhainies Farehah

Biodata Ringkas Ruhainies Farehah 

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas merupakan adik kepada pelakon cantik dan berbakat yang sedang meningkat naik namanya setelah berjaya membintangi drama Play Itu Suami Aku - Nur Risteena Binti Zainul Ilyas.

Selain berlakon, gadis berusia 23 (27 Julai 1992) tahun ini juga adalah seorang pengarah dan juga duta bagi produk kecantikan Ruza.

Dalam drama Hello Mr. Perfect, Ruhainies memegang watak sebagai Alya Adriana yang diburu along dek kerana hutang ayahnya yang tertangguh. Untuk menyelesaikan masalah hutang tersebut, Alya bersetuju dengan syarat yang diletakkan oleh rakan baiknya Ainul untuk menerima lamaran abangnya Izzul.

Nantikan drama terbaru slot Akasia Hello Mr. Perfect esok jam 6.58pm di TV3!


3 Komentar untuk "Foto Dan Biodata Ringkas Ruhainies Farehah"

adik risteena ka.. hehe.. ok, esok nak tengok tv3.. klik dove satu.. :D

shad
http://akuvsdiashadhira.blogspot.com

lama tak ikuti drama di televisyen....

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info