Ringkasan Intipati Dan Kandungan Bajet 2016

Intipati dan kandungan penting bajet 2016. Mungkin ada antara kita yang tak sempat menonton siaran langsung pembentangan teks ucapan penuh Bajet 2016 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia.

Di sini, ringkasan intipati dan kandungan Bajet 2016 yang disediakan oleh Bernama. Dan saya kongsikan kepada anda yang mahu tahu mengenai perkara-perkara penting dan terkini yang terkandung dalam Bajet 2016. Bajet 2016 kali ini adalah bertemakan "Mensejatera Kehidupan Rakyat".

Ringkasan Intipati Dan Kandungan Bajet 2016

Ringkasan Intipati Dan Kandungan Bajet 2016

Banyak antara pembaharuan yang ditonjolkan. Bajet 2016 kali ini mengariskan lima tunjang memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.

Berikut adalah antara ringkasan intipati dan kandungan Bajet 2016. Ada yang menarik dan ada yang kurang, mari kita lihat.
  1. Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.
  2. RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
  3. RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan
  4. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion
  5. Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion
  6. Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion
  7. Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.
  8. Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
  9. Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016
  10. Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion
  11. Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion
  12. Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion
  13. Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi
  14. Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion
  15. Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah (RM20 juta)
  16. Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada
  17. Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
  18. Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017 
  19. Peruntukan RM107 juta untuk melaksanakan Pelan Induk PKS 
  20. Peruntukan RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan serta Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS
  21. Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank
  22. Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya
  23. RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak
  24. Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka
  25. RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu
  26. Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka
  27. SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut
  28. RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan tv
  29. RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar
  30. RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah
  31. RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah
  32. Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara
  33. Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada
  34. RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi
  35. RM190 juta kepada Fama untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
  36. Penjenamaan semula Mardi, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan
  37. RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade.
  38. RM150 juta disalurkan kepada Teraju untuk program memperkasa Bumiputera
  39. Perkhidmatan pengangkutan kelas ekonomi udara domestik di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi laluan Perkhidmatan Udara Luar Bandar dikecualikan GST
  40. RM70 juta untuk skim pinjaman tanpa faedah melalui BSN untuk membina dan membaik pulih rumah termasuk rumah panjang di Sabah dan Sarawak dengan had pinjaman RM50,000
  41. RM260 juta untuk Program 1Harga 1Sarawak dan 1Harga 1Sabah untuk memastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh negara
  42. RM115 juta untuk Program Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak terutama untuk tanah hak adat Bumiputera
  43. RM600 juta kepada Tekun meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera, RM100 juta untuk usahawan India
  44. RM300 juta untuk Program Kemajuan dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli        
  45. Membina 175,000 rumah PR1MA, 10,000 Rumah Mesra Rakyat, 100,000 PPA1M serta 22,300 pangsapuri dan 9,800 rumah teres menerusi Program Perumahan Rakyat
  46. RM180 juta untuk penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi memperkukuhkan pengurusan bencana alam
  47. RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir seluruh negara
  48. RM1.4 bilion untuk menambah baik perkhidmatan awam berkuat kuasa 1 Julai 2016 termasuk memberi satu kenaikan gaji tahunan, menambah baik 252 skim perkhidmatan, gaji permulaan serendah RM1,200
  49. Kategori baru penerima BR1M iaitu senarai e-Kasih berpendapatan bawah RM1,000, yang akan menerima BR1M RM1,050
  50. Pemberian khas RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara

Ada lagi yang terkurang mahu ditambah...

0 Komentar untuk "Ringkasan Intipati Dan Kandungan Bajet 2016"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info