Bajet2016 : Syarat Baru Bantuan Persekolahan RM100

Bajet2016 kali ini meneliti semula dengan meletakkan syarat baru bagi pemberian bantuan persekolahan RM100 seorang. Jika sebelum ini semua pelajar sekolah tidak kira sama ada dari golongan berada mahupun miskin tetap layak menerima bantuan persekolahan ini. Dan mungkin kali ini anak anda tidak lagi layak mendapat bantuan persekolahan tersebut... Hoho

Dalam pembentangan teks ucapan Bajet 2016 pada 23 Oktober yang lalu. Perdana Menteri ada memaklumkan bahawa bantuan persekolahan sebanyak RM100 seorang akan diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya, cuma akan adanya syarat baru yang dikenakan untuk penerima.

Sila baca - Ringkasan intipati dan kandungan Bajet 2016

Syarat Baru Bantuan Persekolahan RM100 

Bajet2016 : Syarat Baru Bantuan Persekolahan RM100

Bajet 2016 mengariskan syarat baru bagi pemberian bantuan persekolahan RM100 sekolah bagi sesi 2016, di mana hanya pelajar mempunyai keluarga yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah sahaja layak menerima bantuan berikut.

Bantuan ini dijangka dapat dimanfaatkan lebih kurang 3.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukkan sebanyak RM350 juta. Tarikh pembayaran akan dibuat pada 15 Januari 2016 secara berperingkat di seluruh sekolah di Malaysia.

Tambahan lagi, turut disediakan bantuan makanan percuma untuk bersarapan dan juga ketika rehat bagi pelajar-pelajar miskin di dalam e-kasih.

Aduh... gaji RM3,000 bagi mereka yang tinggal di bandar bukanlah golongan berada tapi masih dalam kategori miskin. Sakit juga nampaknya, nak tak nak kena cari alternatif lain untuk sediakan keperluan anak-anak mulai tahun hadapan. Ibu bapa sekarang kena belajar pelbagai ilmu antaranya menjahit, boleh jahit baju sekolah anak sendiri berbanding beli... Hoho


0 Komentar untuk "Bajet2016 : Syarat Baru Bantuan Persekolahan RM100 "

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info