Tunku Jalil Anakanda Sultan Johor Meninggal Dunia

Tunku Jalil Anakanda Sultan Johor Meninggal Dunia. Salam Takziah, saya ucapkan buat semua kerabat diraja Johor atas pemergian anakanda tercinta Almarhum Y.A.M Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail. Tunku Jalil adalah anakanda keempat kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dengan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia iaitu adinda kepada Tunku Ismail Idris.

Terasa seolah-olah seperti baruu terbaca beliau ada menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dengan tujuan untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit kanser.

Semoga Allah merahmati usaha suci murni beliau.

Tunku Jalil Anakanda Sultan Johor Meninggal Dunia

Tunku Jalil Anakanda Sultan Johor Meninggal Dunia

Berita ini dikhabarkan sendiri oleh ibu saudaranya Tunku Azizah Aminah Sultan Iskandar menerusi laman facebook beliau. 

Apapun kita doakan semoga arwah diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Saya selalu mengikuti instagram beliau... hmm Allah lebih menyayangi beliau.

Al-fatihah.


0 Komentar untuk "Tunku Jalil Anakanda Sultan Johor Meninggal Dunia"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info