Warkah Buat Anakku Jalil - Bonda Raja Zarith Sofiah

Warkah buat anakku Jalil- Bonda Raja Zarith Sofiah. Sebak, terharu dan mengalir hujan di pipi setelah saya membaca warkah tidak berlagu ini. Walaupun saya tidak lagi mempunyai anak, tapi perasaan seorang ibu itu dapat dirasai oleh semua manusia yang bergelar wanita.

Setelah membaca warkah ini, saya  dapat rasai betapa sedihnya kehilangan seseorang yang kita sayangi terutama sekali kaum keluarga yang mengalirnya darah yang sama. Bukan senang untuk kita terima, tapi itulah hakikatnya...

Warkah Buat Anakku Jalil - Bonda Raja Zarith Sofiah

"Daripada Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali..."

Warkah Buat Anakku Jalil - Bonda Raja Zarith Sofiah

Catatan berjudul " Warkah buat anakku Jalil" yang dimuatnaikkan oleh bonda tercinta Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris menerusi laman akaun facebooknya.

Warkah buat anakku, Jalil: Mama tahu, satu-satunya sebab Lil pergi ke hospital adalah kerana Lil menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah: Lil telah terlalu kerap ke hospital.

Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil di sana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.

Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung.

Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis. Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil diatas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata

"Jangan menangis, Lil tidak apa-apa. "Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama.

Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri disisi Mama.

Mama memandang kearah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo disisi Mama. Anak Mama lima orang. Dimana anak mama yang lagi seorang? Dan Mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada.

Lil kini berada di bawah timbunan tanah itu. Dan pada ketika itu, Mama menadah kedua tangan mama dan berbisik, "Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku.

"Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh.

Pemergian Tunku Jalil sangat dirasai oleh semua warga Malaysia, walaupun tidak pernah mengenalinya dengan lebih dekat, tetapi mengikut perkembangan hariannya di laman sosial sudah cukup mengambarkan dirinya seorang anak raja yang sangat disayangi rakyat.

Semoga Almarhum Tunku Jalil ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah

0 Komentar untuk "Warkah Buat Anakku Jalil - Bonda Raja Zarith Sofiah"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info