Cuaca Sejuk Seakan London Di Kelantan

Apakah salji akan menuruni di beberapa kawasan sekitar Malaysia... sepertimana kenyataan satu keratan akhbar palsu - Terengganu dijangka turun salji yang direka untuk mempopularkan penerbitan sesebuah blog mereka.

Terbaru cuaca sejuk seakan London dikhabarkan akan dialami oleh penduduk sekitar Negeri Perak dan juga Kelantan. Yang mana suhu di negeri tersebut dijangka turun sehingga mencapai 20 darjah celcius sepanjang bulan Februari ini. Wahh! boleh berangan-angan macam duduk kat London musim bunga la jawapnya ye... hehe.

Cuaca Sejuk Kelantan, Perak 20 Darjah Celcius

Cuaca Sejuk Seakan London Di Kelantan

Cuaca Sejuk Seakan London Di Kelantan & Perak

Menurut sumber daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), fenomena itu berlaku berikutan angin sejuk di kawasan kutub utara yang terkumpul terlalu lama lalu mengakibatkan laluan luruan angin.
Luruan angin kutub utara itu ‘berpecah’ daripada sempadannya dan bertiup ke hemisfera selatan.

“Dalam beberapa hari lagi, luruan angin itu akan sampai ke utara Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman sekitar Perak dan Kelantan disebabkan faktor geografi yang berlatitud tinggi.

“Namun begitu, negeri seperti Perlis, Kedah dan sebahagian kawasan tanah rendah di Perak dijangka kurang terkesan dengan angin sejuk itu ekoran dipengaruhi suhu laut Lautan Hindi,” 

Untuk yang tinggal di kawasan berdekatan, jangan lupa pakai baju sejuk untuk elakkan dari masalah kesihatan akibat perubahan suhu ini.

 
1 Komentar untuk "Cuaca Sejuk Seakan London Di Kelantan"

setakat ni panas je kat kelantan...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info