Ancaman Virus Zika Kepada Ibu Mengandung

Virus terbaru yang dikenali sebagai "Zika Virus" mula menjadi perhatian dan ditakuti boleh mengancam nyawa mereka yang terkena virus ini. Buat masa ini, ibu mengandung tidak digalakkan untuk ke luar negara kerana dikuatiri boleh terkena ancaman zika virus yang berpunca daripada gigit nyamuk Aedes aegypti.

Antara kawasan yang dikesan penuralan virus ini adalah benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Oleh itu, semua warga Malaysia yang baru pulang dari melawati negara terbabit dan mempunyai sebarang tanda-tanda seperti demam dan bintik-bintik merah pada padan, dikehendaki melaporkan diri di Pusat Kuarantin Kesihatan mahupun pejabat kesihatan yang berdekatan.

Ancaman Penularan Virus Zika 

Ancaman Virus Zika Kepada Ibu Mengandung

Gejala-Gejala Ancaman Virus Zika

Virus Zika ini menular daripada gigitan nyamuk aedes dan virus ini sangat bahaya kerana saat menyerang wanita yang mengandung. Sekiranya virus ini menyerang ibu yang hamil, ianya akan berbahaya kepada bayi dalam kandungan kerana akan lahir dengan memiliki tengkorak kepala yang kecil dan perkembangan otak yang tidak sempurna ataupun - Microcephaly

Antara gelaja atau tanda-tanda yang boleh dilihat jika terkena virus ini adalah
  • Demam panas
  • Rasa sakit pada sendi
  • Naik bintik-bintik merah pada badan
  • Mata merah
"Rakyat Malaysia lain yang ke negara berkenaan hendaklah mengambil langkah pencegahan dari digigit oleh nyamuk Aedes seperti tidak berada di luar ketika waktu puncak gigitan Aedes di awal pagi dan lewat petang, memakai pakaian menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repelen) secara tetap".

Ambil Langkah Pencegahan Awal

Semua warga Malaysia dinasihatkan untuk tidak berkunjung ke negara-negara yang sedang menghadapi penularan virus ini. Banyakkan minum air, serta elakkan daripada digigit oleh nyamuk.

Sekiranya menghidapi sebarang demam, cepat-cepat dapatkan rawatan di klinik ataupun hospital yang berdekatan sebagai langkah pencegahan awal.

Ingat ! mencegah lebih baik dari mengubati..

0 Komentar untuk "Ancaman Virus Zika Kepada Ibu Mengandung"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info