Assalamualaikum!~
Alhamdulillah, akhirnya segala teka-teki ikaa dalam entry imbuhan raya dapat ke tidak? ini sudah pun terjawap. Nampaknya seperti tahun-tahun lepas, bonus hari raya untuk penjawat awam tetap diberikan. Dengar kata, bonus ini diberikan sebanyak setengah bulan gaji iaitu sebanyak Rm500.
Terima kasih Dato Najib, inilah untungnya kerja penjawat awam. Bonus raya ini bukan sahaja, diberikan untuk pekerja penjawat awam, tapi turut menerima pesara pencen, dan ikaa pula anak kepada pesara pencen, so maknanya kat sini ikaa dapat bonus raya itulah. Seperti yang dijelaskan pemberian bonus raya itu jatuh pada 9/8/2012 xlama dah pun lagi beberapa hari je lagi kan.
Apa tak cukup RM500?
Seperti yang dijelaskan oleh PM kita, bahawa pemberiankan bonus raya ini adalah berpandukan kepada "buku kira-kira" kerajaan, so bersyukurlah korang memanglah xbanyak RM500 tapi cuba korang fikir, bagaimana dengan penjawat swasta, dorang xdapat bonus macam korang yang penjawat awam ini. Mereka kalau diberikan pun ikut pada keuntungan company.
So korang kira beruntunglah, lagi satu bukan semua orang boleh dapat kerja kerajaan tahu, korang kita manusia yang bertuah, tambahan pula zaman sekarang lagilah susah nak dapat kerja, ikaa keluar universiti nanti pun belum tentu dapat kerja kerajaan ke tidak. Tambahan lagi, duit itu, bukan hanya diberikan untuk korang sahaja, ibu-ibu tunggal, warga emas pun nak juga duit raya kan.
So kira alhamdulillah kita nie penjawat awam dapat, mak ayah korang pula dapat yang warga emas atau ibu tunggal macam mak ikaa. Aduhh! panjang pula ikaa cakap.
Sekadar pandangan semata-mata :)
5 Komentar untuk "Bonus raya untuk penjawat awam?"
ok la tu dari tak ade langsung ..
swasta pon nk jugak bonus. hikhik
mcm tiru je entry bro nasa..hahahah
@Bro Nasa nie idea laaa...bkn copy paste naa...:p
betul asik dok jaga orang kerajaan jer bagi bonus kat dorang jer,org swasta pun banyak menyumbang ekonomi negara gak..takkan pm takde cadangan nak arah selaraskan bonus pekerja awam n swasta...hihi...
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.