Biodata Penuh Izzue Islam

Assalamualaikum

Jejaka kacak yang tak lokek dengan senyuman ini sentiasa mendapat perhatian di kalangan peminatnya. Beliau pernah membintangi sebuah drama berjudul Sebenarnya Saya Isteri Dia yang bergandingan dengan Tiz Zakiah. Malah beliau juga merupakan anggota kumpulan Forteen.

Izzue Islam merupakan ikon bagi produk pelancongan anjuran Safirgotravel.com di mana destinasi kunjungan pertama beliau bersama peminat ialah Macau, Hong Kong dan Disneyland pada 16hb Disember 2013.

Biodata Penuh Izzue Islam

Biodata Penuh Izzue Islam


Nama penuh : Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan
Nama Komersial : Izzue Islam
Status : Berkahwin (2 Jun 2013)
Tarikh Lahir : 2 Jun 1990
Umur : 24 Tahun (2014)
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Kerjaya : Pelakon, model, penyanyi
Pendidikan : SPM
Hobi : Skateboarding dan Jamming
Drama : Sebenarnya saya isteri dia, cita dan cinta, papa nak kahwin, Aishiteru, Duri dan banyak lagi
Filem : Chikaro, Hantu tok mudim, Kami histeria, Songlap


Pengalaman hidup bergelar artis
Izzue berkata, semasa berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2009, dia bersama rakan-rakannya sanggup tinggal di kedai ‘bundle di Kelana Jaya, Selangor sebelum meneruskan hidup.

“Memang empat tahun lalu, kehidupan saya tak semudah sekarang. Dari kampung saya di Kelantan, saya berhijrah ke ibu kita dan pernah merasai hidup di jalanan bagi mengejar cita-cita untuk bergelar anak seni.
“Alhamdulillah, kesukaran itu telah memberi pengalaman buat saya untuk menjadi seorang insan yang lebih bagus dan tidak riak, Insya-Allah,” katanya.
1 Komentar untuk "Biodata Penuh Izzue Islam"

hensemnya awak ni jadi pelakon kan\

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info