Nottingham - Pelajar Malaysia ditikam 14 kali oleh Perompak

Assalamualaikum

Kisah tragis yang melibatkan pelajar Malaysia mati diluar negara sering kali kita dengar. Ikut kisah selanjutnya, seorang pelajar Malaysia ditikam sebanyak 14kali oleh perompak di Nottingham, United Kingdom.



KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia terpaksa menerima 11 jahitan selepas cedera ditikam 14 kali oleh tiga remaja dalam satu kejadian di Nottingham, United Kingdom semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Ahmad Izat Ahmad Mazni dikatakan baru pulang daripada menonton perlawanan bola sepak.

Ahmad Izat dalam Twitternya memaklumkan, dia telah dirompak dalam kejadian itu dan penjenayah telah mengambil telefon bimbit, jam tangan serta dompetnya.

"Saya juga terkena tikaman di kepala, di dada, belakang badan, kaki kiri, celah paha, kaki kanan, lengan dan dikelar di beberapa tempat di badan.

Saya telah keluar hospital semalam dan kini sedang berehat kerana pergerakan terhad," ujarnya.  

Utusan.



2 Komentar untuk "Nottingham - Pelajar Malaysia ditikam 14 kali oleh Perompak"

Allahuakbar, semoga semua pelajar dan rakyat Malaysia di luar sana dilindungi Allah SWT...

Astaghfirullahallaziim. . Ngeri ny.... bpantang maut sblm ajal nmpk gaya nya.. alhmdulillah. . Allah bsama bliau..

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info