Review Filem Cinderella 2013

Assalamualaikum

Cinderella 2013

Sebuah filem gandingan pelakon jelita dan kacak, Nelydia Senrose dan Fizo Omar. Filem arahan Ahmad Idham ini telah pun ditayangkan di seluruh pawagam pada 19 Disember 2013 yang lalu.

Cinderella sebuah kisah yang tak lapuk dek zaman yang memaparkan penderaan ibu tiri terhadap anak tirinya. Telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, dan antara barisan pelakonnya adalah Fizo Omar, Nelydia Senrose, Kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Sahrolnizam dan Azlan Komen.

Review Filem Cinderella 2013

Review Filem Cinderella 2013


Sinopsis Cinderella 2013

Filem terbitan ke-11 oleh Excellent Pictures, Cinderella mengisahkan Nurul (Nelydia), gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil.


Suatu malam, Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu. Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salman(Fizo Omar), anak seorang tokoh korporat terkemuka.

Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung. Salman dan Nurul diberi dua pilihan – di bawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung tersebut. Bagi menjaga namanya,Salman bersetuju dengan pilihan ke dua.

Nantikan kisah penuh Cinderella 2013 akan datang !

 
1 Komentar untuk "Review Filem Cinderella 2013"

tertengok iklan ni dan rasa macam nak tengok juga... ^_^

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info