Cara Pemohonan Baucer Kerja RM35 sehari

Assalamualaikum

Program Baucer Kerja Bantu Individu Miskin, bakal dilancarkan pada April 2014 ini dengan tujuan untuk meringgankan beban mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap di bandar tetapi individu tersebut harus mempunyai pekerjaan sampingan bukannya mereka yang menganggur.



Bantuan tersebut tidak akan diberikan sewenang-wenangnya dan akan dikawal selia oleh Kementerian Sumber Manusia. Hanya mereka yang benar-benar layak sahaja bakal mendapat bantuan tersebut.

Syarat kelayakan
  • Berpendapatan bawah RM3000
  • Menetap di kawasan bandar
  • Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, orang asli dan pelajar keciciran.
  • Golongan tidak bekerja
  • Golongan miskin yang tersenarai menerusi e-kasih
Cara pemohonan baucer kerja RM35 sehari
  • Permohonan harus tersenarai dalam golongan permohon e-kasih
  • Bagi yang layak sila laporkan kemiskinan di laman e-kasih
  • Buat semakan nama keluarga miskin e-kasih - e-kasih semakan
  • Anda juga boleh mendaftar e-kasih di Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan.
  • Jika layak, pihak kementerian sumber manusia akan menghubungi anda.
kriteria pemilihan bantuan baucer kerja
  • Mereka yang tersenarai dalam golongan miskin di bandar
  • Mempunyai maklumat data golongan e-kasih
  • Hanya yang benar-benar layak sahaja
1 Komentar untuk "Cara Pemohonan Baucer Kerja RM35 sehari"

pendaftaran ekasih secara online dah lama stop sjk 2011 lg. kalu sapa nak daftar p ambil borang ekasih kt pej daerah atau pej pembangunan negeri yg berdekatan. link pemakluman kemiskinan tu utk aduan. bkn utk mendaftarkan diri dlm ekasih. x caya p check dgn ICU

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info