H1N1 dikesan merebak di Sabah

Assalamualaikum

Terkini, H1N1 dilaporkan sudah merebak di Kota Kinabalu Sabah apabila seramai tujuh orang dikesan positif virus H1N1 di hospital wanita dan kanak-kanak di Likas.

Influenza H1N1 ini dikatakan boleh merebak dari individu ke individu sama seperti cara virus selesema lain merebak.

Menurut Pengarah hospital, Dr Tan Bee Hwai, kanak-kanak dan dua penjaga dewasa dikesan positif H1N1 ini setelah menjalani ujian bagi virus tersebut. Berikutan keputusan itu, pesakit terpaksa dikuarantin di hospital itu yang jauhnya kira-kira 10km dari Kota Kinabalu.



"ini termasuklah pesakit, pembawa warak dan jugak kakitangan wad', katanya ketika dihubungi The Star khamis lalu.

Keutamaan kami sekarang ialah menghentikan penularan itu termasuk mengkuarantin wad dan memastikan semua menjaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan selain penggunaan topeng muka,” tambah Dr Tan.

Beliau berkata, pegawai perubatan turut berusaha untuk mengenal pasti sumber yang membawa wabak H1N1.

Dr Tan berkata, doktor dan kakitangan juga perlu bersedia untuk mengendalikan situasi itu berikutan wabak H1N1 pernah berlaku di hospital itu pada 2009.

“Kita mempunyai tindakan yang perlu dan tempat rawatan perubatan bagi menghadapi wabak ini,” katanya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara itu.

Difahamkan ujian saringan terhadap pesakit, ibu bapa pesakit atau penjaga dan kakitangan di hospital itu sejak dua hari lalu.

Walaupun tiada pegawai kesihatan mengumumkan mengenai wabak itu, kakitangan yang telah bekerja sejak 8 Januari lalu diminta untuk menjalani ujian saringan


1 Komentar untuk "H1N1 dikesan merebak di Sabah"

zara bru baca kat newspaper pg tadi.. tetiba pulak ada balik virus ni.. dah tu kat sabah lagi.. ~.~

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info