Assalamualaikum
Bajet 2015 sudah pun dibentangkan, dan antara intipati BR1M 2015 adalah:-
Gaji RM3,000 dan ke bawah
Bagi isi rumah yang berpendapatan bulan RM3,000 dan ke bawah, pemberian bantuan akan ditingkatkan dari sebelumnya RM650 kepada RM950. Tambahan lagi, bantuan ini akan dibayar secara ansuran iaitu RM300 pada bulan Januari dan Mei 2015, manakal RM350 pula akan dibayar pada bulan September 2015.
Gaji RM3,000 - RM4,000
Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan sebanyak RM3,000-RM4,000 pula, pemberian bantuan ditingkatkan dari RM450 kepada RM750. Bantuan ini juga turut dibayar 3kali setahun iaitu RM200 pada bulan Januari dan Mei 2015 kemudian bakinya RM350 pula akan dibayar pada bulan September 2015.
Orang bujang
Bagi kategori individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atasdan berpendapatan tidak lebih dari RM2,000 kebawah, kerajaan telah meningkatkan nilai BR1M dari RM300 kepada RM350. bayaran bantuan ini akan dibuat mulai awal tahun 2015.
Mana borang pemohonan BR1M Online ?
Bagi mereka yang baru pertama kali mendaftar dan untuk kemaskini boleh layari website ini.
Sila ke sini https://ebr1m.hasil.gov.my/
Pendaftaran hanya boleh dilakukan apabila diumumkan oleh media.
Bolehkah saya layak memohon BR1M 2015?
Menurut LHDM, syarat kelayakan pemohonan BR1M
- Warganegara Malaysia
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
- Warga emas sebatang kara ( berumur 60 tahun ke atas ) berpendapatan RM4,000 dan kebawah.
- Bujang dan berumur 21 tahun atas pada tarikh pemohonan serta berpendapatan RM2,000 dan ke bawah.
Bolehkah saya memohon secara manual ?
Untuk permohanan dan kemaskini BR1M boleh terus berhubung dengan LHDN yang berdekatan dengan anda atau hubungi nombor ini : 1-800-88-2716.
0 Komentar untuk "Bajet 2015 - Penerima BR1M bagi tahun 2015"
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.