BR1M 2015 : Kemaskini Maklumat Pemohon bermula 1 Desembe 2014

Assalamualaikum

Siapa di sini pemohon BR1M 2015 ? pasti korang dah dapat surat kan.



Makluman penting buat pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2015, diingatkan bahawa pendaftaran BR1M 2015 bermula 1 Desember 2014 iaitu pada hari Isnin (esok). Bagi memastikan pemohonan anda dapat diproses dengan baik dan lancar, pemohon diminta untuk kemaskini maklumat terkini pemohon seperti berikut :
  1. Maklumat pasangan / tanggungan
  2. Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat
  3. Maklumat akaun bank pemohon. Pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September. Sila isi dengan betul maklumat akaun bank yang tepat supaya bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank pemohon.
  4. Penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Sila isi maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
Tarikh kemaskini bermula : 1 Desember 2014

Tarikh agihan BR1M bermula : Januari 2015 secara berperingkat (kecuali 
                                              pemohon bujang).

Cara kemaskini maklumat boleh dibuat :
  1. Secara online melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di https://ebr1m.hasil.gov.my
  2. Menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dihantar ke mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM.
  3. Untuk memudahkan lagi pemohon, sila masukkan nombor akuan bank yang layak semasa proses kemaskini.
Senarai bank yang dibenarkan untuk tujuan pembayaran BR1M 2015 :
  • Affin Bank Berhad
  • Agro Bank
  • Alliance Bank Malaysia Berhad
  • AmBank Berhad
  • Al Rajhi Bank
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Bank Rakyat
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • Hong Leong Bank
  • Maybank
  • OCBC Bank
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
* Jenis akaun yang dibenarkan ialah akaun simpanan bank atas nama 
   pemohon sahaja. Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat 
   adalah tidak dibenarkan.

Jumlah nilai BR1M 2015 yang diterima :
  1. Kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan bawah RM3,000 akan menerima RM950
  2. Kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan dari RM3,000 sehingga RM4,000 akan menerima RM750
  3. Kategori individu / bujang yang berpendapatan bulanan di bawah RM2,000 akan menerima RM350 dan dibayar pada bulan Januari.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
  1. Talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM)
  2. Talian 03-8882 4562 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)

Sumber : Surat Kemaskini Maklumat Pemohon BR1M 2015 dari Kementerian Kewangan Malaysia


2 Komentar untuk "BR1M 2015 : Kemaskini Maklumat Pemohon bermula 1 Desembe 2014"

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info