Biodata Penuh Amyra Rosli

Assalamualaikum

Erika Soffea gadis manja dan sentiasa happy, itu watak yang dimainkan oleh Amyra Rosli dalam drama yang sedang hangat diperkatakan bersama Sharnaaz Ahmad iaitu Drama Suami Ku Encik Sotong. Amyra Rosli pernah dikaitkan dengan jejaka tampan dalam Drama Adam dan Hawa iaitu Dazrin Kamaruddin.

Dia juga pernah dikatakan berwajah mirip Nia Ramadhani pelakon Indonesia. Kalau tengok sekali pandang memang nampak sangat irasnya tu kan. Tambahan lagi, Amyra Rosli juga merupakan bekas pelajar aswara sama seperti pelakon jelita Nad Zainal yang semakin mendapat nama dalam drama TV.

Ayuh kita kenali lebih dekat lagi dengan Amyra Rosli

Biodata Penuh Amyra Rosli


  • Nama penuh: Nur Amira Izzati Rosli 
  • Nama panggilan : Amyra Rosli
  • Umur: 22 tahun 
  • Asal: Kuala Lumpur 
  • Nama Ibu: Noor Zaridah Ahmad 
  • Adik-beradik: Anak sulung daripada empat adik-beradik 
  • Pendidikan: Diploma teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) 
  • Antara Drama/Telefilem: Jodoh, Cinta Pandang Kedua, Supermak, Suami Muda, Kalimah Jiwa, Chef Jelita, Kampungku Aidiladha, 30 Hari Cinta, Cinta dan Wahyu dan yg terbaru Ku Cinta Kau Seorang.  
  • Klip Video: Hanya Lagu (Aliff Aziz) 
  • Instagramhttp://instagram.com/aamyrarosli

Menurut Amyra Rosli kejayaannya pada hari adalah 

Ibu ajar berlakon:
“Saya memang suka melihat lakonan bintang filem dan drama televisyen sejak kecil lagi. Disebabkan minat yang mendalam, saya meniru lagak mereka di hadapan cermin.
“Mama (Noor Zaridah Ahmad) yang terlibat dalam industri hiburan kemudian perasan dengan minat saya itu. Dia beri tunjuk ajar dan menjadi rujukan terbaik. Dengan Mama saya belajar apa yang wajar dan tidak wajar dibuat seseorang artis,” kata Amyra anak sulung dari 4 beradik.
3 Komentar untuk "Biodata Penuh Amyra Rosli"

semakin popular dah amyra rosli sekarang ni kan?

alhamdulilah..pernah menjadi pelajar saya.

ooo kak Ija....cikgu Aswara la erkkkk...bestnya mst dpt tgk ramai artis kan

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info