5 Top Vlogger Malaysia Yang Hebat

Assalamualaikum

5 Top Vlogger Malaysia Yang HebatApa itu vlogger? Uhm!.. apakah ia sama seperti blogger, atau mungkin seperti youtube. Sebenarnya, vlogger adalah singkatan bagi video dan blog. Setengah orang lebih gemar menjadi vlogger berbanding blogger, mungkin sebab malas untuk menulis. Tapi nak jadi vlogger pun bukannya senang, silap hari bulan boleh jadi vlogger yang syok sendiri. Siap kena kritikan pedas lagi kat youtube.

Sebut pasal top vlogger Malaysia, pasti ramai yang dah boleh bayang kan. Vlog bukan sekadar video yang mampu membuat penonton ketawa, tetapi penulis juga boleh menyampaikan satu mesej pembelajaran baru untuk penontonnya seperti teknik pemakaian tudung yang betul. Jika teknik ini hanya ditunjukkan dalam penuisan berserta gambar-gambar printshoot, mungkin sukar untuk diikuti, apatah lagi kalau yang tak letak gambar printshoot dalam tutorial anda. Pasti pembaca akan terus bertanya dan bertanya lagi, sampaikan anda sendiri fed-up nak layan. Hambek Kaww!

5 Top Vlogger Malaysia Yang Hebat

Selain itu, vlog juga sesuai untuk menyampai dakwah, kerna dengan vlog tersebut, para pembaca dapat mengenali siapakah diri anda dan bagaimana perlakuan dan sikap anda. Sama ada penuh karisma, ilmiah bernas atau sengaja di buat-buat, gedik-gedik, saja nak cari glamour semata-mata.

Inilah antara 5 top vlogger Malaysia yang menghasilkan vlog-nya dengan penuh penghayatan, motivasi, ilmiah dan jenaka. Bukan senang nak jadi gila depan kamera sorang-sorang, apatah lagi untuk sampaikan mesej berilmu kepada pembaca luar sana.

5 Top Vlogger Malaysia Yang Hebat

1. Mat Luthfi

Mat Luthfi nama yang tidak asing lagi dalam dunia vlog ini. Setiap video yang dimuatnaik beliau menerusi youtube, pasti mendapat pageview yang tinggi. Sekarang beliau telah pun menerbitkan sebuah buku bertajuk catatan Mat Luthfi. Hebat kan beliau? dari saja-saja buat video terus jadi fames begini. 

2. Shazreen Fazlynda

Hah! siapa kenal Shazreen Fazlynda nie? Satu video top terbitan beliau adalah "budak cekelat" dan "ragam muka buku". Beliau memang seorang yang berbakat, penyampaian yang bagus, malah selesa menggunakan loghat Kedah macam Mat Luthfi. Tak over terlampau bak kata orang. Macam Shazreen dia gedik-gedik bersahaja, tak nampak terdesak sangat, yang penting beliau tetap menunjukkan ciri-ciri kesopanan seorang perempuan. Setiap video yang beliau sampaikan adalah berkisarkan trend terkini yang bagus untuk penonton di luar sana.

3. Maria Elena

Maria Elena, seorang blogger, isteri dan juga ibu kepada Natrah. Kalau anda perasan beliau pernah jadi pelakon tambahan dalam drama Cinta Vlog lakonan Alif Aziz dan Wawa Zainal suatu ketika dulu. Yang best pasal beliau ini, keunikan dalam bergambar, bercerita, ada saja lawak jenaka yang diselitkan bersama. Setiap yang menonton pasti tidak akan rasa bosan.

4. Aiman Azlan

Blogger yang pernah menuntut ilmu di Universiti Kanada ini, lebih suka menerbitkan video yang bersifat islamik dan ilmiah. Apa yang menarik pasal beliau, adalah kamera dan kualiti video yang dihasilkan. Video yang terbaru beliau - How to be more selfish?

5. Syazwan Yunos

5 Top Vlogger Malaysia Yang Hebat

Dari namanya Syazwan Yunos mungkin anda kurang kenal, tapi bila sebut video "Abg Pulang", pasti ramai yang tahu. Video yang beliau hasilkan berunsur komedi, sampaikan kuali pun boleh jadi mainan. Huhu. Hebat beliau. Yang unik pasal beliau ini, pelbagai bahasa yang beliau selitkan dalam video abg pulang. Sekali tengok, terus jatuh cinta dengan videonya.

Jadi mana pilihan pilihan anda, vlogger atau blogger?

2 Komentar untuk "5 Top Vlogger Malaysia Yang Hebat"

kelakar ! tp best..cuma jgn smpai video megaibkan :)

Dulu mse study kat uitm perlis tak sangka rupenye2 beljar dgn pensyarah yg merupakan mak dan ayah Aiman Azlan. Berkawan pulak dgn abg dia...mase dpt tau mmg terkejut...lepas tu tnye macam2 pasal Aiman kat abg die...haha

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info