Adik Aina Amanda Teruja Bertangan Bionik

Assalamualaikum

Adik Aina Amanda Teruja Bertangan BionikSelepas video viral luahan hari pertama bersekolah dimuat naik ke laman sosial. Banyak dermawan yang datang membantu beliau.

Kini, adik Aina Amanda yang dilahirkan tanpa telapak tangan kanan, teruja selepas beliau dihadiahkan tangan mekanikal oleh seorang dermawan yang berhati mulia baru-baru ini. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik hamba Allah terbabit yang juga merupakan pencipta tangan bionik.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun ini, meluahkan rasa sedih di hari pertama persekolahannya, di mana dia di ejek oleh rakan sebayanya, yang dia tidak mempunyai tangan seperti kanak-kanak lain. Meski pun Aina atau nama sebenarnya Aina Amanda Shahzali, terasa hati dengan ejekan tersebut, namun dia bersyukur dikurniakan kesihatan dan pancaindera yang lain. 

Kalau kanak-kanak lain, bila diejek dan diketawakan rakan-rakan lain, pasti dah tak mahu pergi sekolah. Tapi adik Aina tertetap teruja untuk menuntut ilmu. Bertuah ibunya mempunyai anak yang comel dan pintar ini kan.

Gelagat dan terlatah riang kanak-kanak comel ini mencuri tumpuan semua orang.

Adik Aina Amanda Teruja Bertangan Bionik

Adik Aina Amanda Teruja Bertangan Bionik

Aina Amanda kelihatan riang dan hanya tertawa selepas menerima tangan bionik tersebut sebelum bersalaman dengan ibunya Habibah Hassan, 42 serta individu yang menyumbang hadiah yang cukup bermakna buat adik Aina.




1 Komentar untuk "Adik Aina Amanda Teruja Bertangan Bionik"

Alhamdulillah masih ada lagi orang yang baik hati. :)

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info