Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Contest Petua dan Herba KongsibersamanoraPetua dan herba kongsibersamanora adalah sebuah contest yang mengajar kita untuk kelihatan cantik dan sihat hanya dengan penggunaan herba semulajadi tanpa bahan pengawet dan kimia.

Pertama kali aku menerjah ke blog kongsibersamanora, aku tertarik dengan artikel-artikel yang diterbitkan oleh penulis ini Kak Nora, juga selaku penganjur contest ini. 

Melalui entri beliau, barulah aku tahu tentang khasiat serta kepentingan herba dan tumbuhan semulajadi di sekeliling kita. Jadi, dalam artikel ini, ingin sekali aku kongsikan tips pengalaman sendiri yang berkait dengan petua dan herba bagi menepati syarat penyertaan contest ini.

Petua dan Khasiat Lidah Buaya

Petua dan herba sangat sinonim dalam perubatan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Jadi, tidak hairanlah lihat, atuk dan tokwan masih lagi kuat membanting tulang walaupun usianya hampir mencecah 70an.


Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Kini, golongan muda tidak lagi mengenal erti herba dan petua. Jadi, izinkan aku untuk berkongsi serba sedikit petua dan khasiat tumbuhan hijau semulajadi yang berlendir ini.

Lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe vera, sangat terkenal dalam perawatan kecantikan terutama pada pada wajah dan kulit kepala. Malah, penanamannya juga sangat mudah, dan seringkali menjadi tanaman hiasan di luar rumah.

Manfaat yang terdapat didalamnya, merangkumi pelbagai aspek perubatan tradisional iaitu;
  • Lendirnya dapat menghilangkan jerawat dan kesan parut pada wajah, dengan menyapunya dimuka sebagai penganti "masker". Sekali sehari.
  • Dapat menyuburkan rambut dan mengekalkan kelembapan kulit kepala.
  • Mengurangkan gelembung akibat terkena api atau air panas.
  • Mengubati penyakit bisul. Caranya "daun ditumbuk lumat, dicampur sedikit garam, tampal dibahagian bisul".
  • Dapat mengurangkan kesan gelap bawah mata, dengan oleskan gelnya sebelum tidur.
  • Mengeluarkan racun dari tumbuh, kerana tumbuhan ini mengandungi gelatin(menyerap racun)
Jika anda perasan, aku pernah kongsikan gambar lidah buaya ini di laman Instagram. Sebab ianya adalah tumbuhan yang sangat mesra dengan wajah. Tak perlu lagi "masker" yang diperbuat dari bahan kimia, kerna khasiat yang terdapat pada gel lidah buaya sangat banyak. 

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
 
Hah! ...macam mana dengan petua lidah buaya ini? Banyak khasiatnya bukan.. ini baru sekadar teori yang anda baca, cuba kalau anda terapkannya di rumah, baru dapat rasai, kesejukan dan kelembutan lendirnya diwajah anda. Tak perlu bahan kimia yang mahal...

Antara 3 artikel pilihan dari blog kongsibersamanora ialah:
  • Penawar sakit kepala
  • Cara minum air yang sihat dan
  • Penawar fibroid senggugut dan dalaman wanita
Setiap orang mempunyai petua dan pengalaman tersendiri mengenai tumbuhan herba ini. Dan artikel ini juga terhasil dari penggunaan sendiri, jadi diharapkan anda yang membaca, tidak keberatanlah untuk berkongsi petua dan herba anda diruangan ini.

"Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"


14 Komentar untuk "Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora"

terima kasih kerana menyertai contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
perkongsian yang bermanfaat dan moga dapat diamalkan oleh kita semua tentang
khasiat lidah buaya..

All d best sis and good luck..

Lidah buaya..masa kecik-kecik dulu selalu gak batuk..dan lidah buaya + madu ayah berikan..alhamdulillah..leganya sangat berpanjangan..dan selamat maju jaya yer untuk contest ni..hehe

Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang kontes tersebut :)..

Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang kontes tersebut :)..

Salam buat Nur Ikaa.... nampaknya kita bersua pula di contest Petua dan herba kongsibersamanora. Semoga berjaya...

eh2..berjumpa kita lagi kat contest yg sama ye...huhu

tahniah awk...dh menang kontest aktifkan mykad tu

wah menarik penyertaan ni
moga berjaya bro

Semoga berjaya dengan penyertaan contest ni.

Lidah buaya... Bukan buaya darat ye, hehe
Memang tidak dinafikan akan khasiatnya, selain cantik dijadikan tanaman hiasan.

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info