Musim harum manis Perlis kini kembali lagi. Selepas musim kemarau melanda Perlis baru-baru ini, kini tiba pula musim Harum Manis yang hanya berbuah setahun sekali. Buah mempelam harum manis ini menjadi ikon Negeri Perlis kerana di sini satu-satunya negeri pengeluar harum manis di negera ini, tetapi hari ini ada juga negeri-negeri lain yang berjaya menanam buah eksklusif ini.
Walaupun harga yang ditawarkan sangat tinggi, keenakan isinya dan aroma baunya mampu memikat sesiapa saja yang melihatnya. Antara lokasi utama yang menjadi tumpuan pembeli adalah Sungai Batu Pahat, Bukit Bintang, Paya Kelubi, Chuping, Bukit Keteri dan Kampung Santan.
Baca juga - Buat duit dengan blog
Harga Harum Manis Berdasarkan Gred
Harga yang dikenakan untuk harum manis ini dikira berdasarkan 3 gred iaitu gred A, gred B dan gred C. Selalunya gred A dijualkan dengan harga yang tinggi, kalau tahun lepas harum manis gred A berharga RM28 sekilo, tahun ni dengar kata dalam RM30 sekilo.
Tapi ikut pada penjual, kalau anda beli tepi jalan sah-sahlah mahal, sebab dia pun beli dari pengusaha pokok, tapi kalau beli sendiri di rumah pengusaha pokok, harganya mungkin lebih murah.
Kat atas ni, buah harum manis yang siap dituai, dan sedia untuk diperam.. Harganya dalam RM25, RM23 dan RM20 sekilo. Yang nie tuan pokok yang jual sendiri, jadi harga terpulang pada dia la..
Kawan cakap, selasa ni dah boleh dijual, huh! boleh merasa pula tahun nie. Nak sedap lagi, makan dengan pulut. Yang mana nak rasa Harum Manis, jangan lupa mai Peqelih noh!.. hehe.
Tapi hati-hati orang luar... sebelum nak beli cium dulu buah tu, takut hampa kena tipu bulat-bulat dengan penjual, kononnya buah Harum Manis, dia jual buah lain...
Selamat membaca....

5 Komentar untuk "Musim Harum Manis Perlis Kini Kembali"
sedapnye...
waaa.kt mne ni
Hi, I am looking for the contact for advertisement. Who can I contact?
Dekat perlis la nie....esok dh boley dijual
ahhhh. bestnyaaa. tergoda betul tngok gmbr
Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.