Single Pertama Caliph Buskers - Hanya Nama Mu

Single Pertama Caliph Buskers - Hanya Nama MuKumpulan ini berjaya mengegarkan pentas Anugerah Juara Lagu ke-29, dengan lagu Romancinta serta merangkul anugerah persembahan terbaik AJL29. Kini, KRU Music telah menerbitkan single pertama Caliph Buskers berjudul "Hanya Nama Mu", lirik daripada Edry Abd Halim.

Lagu berbentuk ketuhanan ini menceritakan tentang perjalanan dan harapan Caliph Buskers yang dianggotai oleh Azmi, Nirwan, Zaki, Fendy dan Rubiana selepas menjadi popular berkoloborasi bersama Mojo di pentas akhir AJL29.

Single pertama Caliph Busker ini dirakam dan direalisasikan di KRU Studio.


Single Pertama Caliph Buskers - Hanya Nama Mu

Apa pun, mari kita dengar video lagu terbaru nyanyi kumpulan ini.



Pertama kali mendengar lirik lagu ini, terus jatuh hati.. Apatah lagi dimulakan dengan Bismillah.

Lirik Lagu Hanya Padamu - Caliph Buskers

Hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindung
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Ku ambil ikhtiar berdiri semula
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang Kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia

Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Video yang cukup menyentuh hati, walaupuan hasil yang diperolehi sedikit, dia tetap berkongsi dengan mereka yang lain. Baki yang terakhir, dia berjaya membelikan ayahnya sejadah baru. Alhamdulillah.

Aku doakan kumpulan Caliph Busker ini terus berjaya ke depan. InsyaAllah.

sumber - HH
 
1 Komentar untuk "Single Pertama Caliph Buskers - Hanya Nama Mu"

walaupun kurang upaya tp suara mereka ttap best!!

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info