Buat Income Online dengan Innity

Hoho... Innity merupakan sebuah program pengiklanan online yang cukup hebat sebaris dengan Komli, Adsense dan banyak lagi. Ianya menawarkan produk pengiklanan kepala blog dan juga memberikan  penghasilan bagi publishernya.

Tetapi syarat yang diberikan oleh pengiklanan Innity terlalu ketat membataskan semua blogger untuk memilikinya. Berbeza dengan Nuffnang, sesiapa saja boleh memohonnya sedangkan Innity hanya blog yang memenuhi syarat sahaja layak diluluskan. Aku sendiri hampir lima kali memohon, akhirnya baru diluluskan, nampak mudah tapi sebenarnya susah....

Baca entri ini -  Status Nuffnang Non-Glitterati

Syarat Mudah Lulus Innity

Buat Income Online dengan Innity

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah syarat ketat dari pengiklanan kan?
  1. Kandungan blog harus berkualiti.
  2. Bukan blog lucah atau pornografi.
  3. Artikel tidak melanggar hak cipta atau kekayaan intelektual.
  4. Trafik blog mesti tinggi. 200,000 pageview/40,000 unique view sebulan.
  5. Blog mesti update setiap hari.
Ini antara syarat penting yang perlu blog permohon itu penuhi. Dalam lima syarat di atas, ranya syarat nombor empat yang susah sikit kan? Tapi berkat kesabaran dan tidak putus asa, akhirnya berjaya juga blog Bakul2011 bernaung dibawah Innity pula. Hehe

Buat Income Online dengan Innity

Buat Income Online dengan Innity

Report di atas, aku dari blog Ammar. Huh! boleh tahan juga blogger ni punya income kan? sampai beribu gaban nie. Tapi aku tidaklah mengharapkan nilai yang, kalau sebulan boleh dapat RM200.00 pun dah cukup besar macam income dari Nuffnang dulu sebulan RM100.

Agak-agak boleh dapat tak? Cuba mohon di sini - Innity

Saya dah lulus, anda pula bagaimana? Yang penting jangan putus asa ye.

3 Komentar untuk "Buat Income Online dengan Innity"

terbaikk kak . masih belum layak lg la . hehee

Fuyyo....200,000PV sebln...terpaksa berundur dlu...

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 Bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info